berita

Pernah Berangan Jadi Pembaca Berita? Jom Sertai #BacaBeritaChallenge & Menang Telefon Pintar Realme

August 6th, 2019 | by Wan
Shout Out!

Pernah tak korang berangan nak jadi pembaca berita setiap kali menonton rancangan berita di kaca televisyen? Nampak macam senang je kan? Inilah masanya untuk serlahkan bakat terpendam korang melalui #BacaBeritaChallenge!

Untuk pengetahuan korang, TV3 sedang mencari pembaca berita yang berbakat menerusi #BacaBeritaChallenge. Jom sahut cabaran #BacaBeritaChallenge dan korang mungkin salah seorang pemenang bertuah yang bakal membawa pulang 1 unit telefon pintar jenama Realme!

Cara-cara untuk sertai

Apa yang korang kena lakukan ialah layari YouTube Buletin TV3 untuk dapatkan skrip-skrip berita yang telah disediakan. Korang boleh pilih 1 daripada 10 skrip yang ada. Mainkan video skrip berita dari YouTube Buletin TV3 di komputer dan rakam diri korang membaca berita menggunakan telefon pintar.

Selepas proses rakaman dibuat, muat naik video tersebut ke Instagram dan jangan lupa sertakan #BacaBeritaChallenge, kemudian tag @BuletinTV3 pada setiap video yang korang muat naik.

Syarat penyertaan

https://www.youtube.com/watch?v=QUUoDQSozss&list=PLlLV-nUiHDMwqzIKIioA11RUx4Oyx2IPo&index=4

Hanya video #BacaBeritaChallenge yang menggunakan skrip dari YouTube Buletin TV3 sahaja layak dipilih sebagai pemenang. Korang boleh memuat naik seberapa banyak video penyertaan namun hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. Guna kreativiti sendiri untuk menjadikan video membaca berita korang lebih menarik dan jadikan ia tular! Potensi untuk menang lebih tinggi sekiranya video korang mendapat jumlah tontonan yang memberangsangkan.

Rakaman video membaca berita mestilah tidak kurang daripada 50 saat dan hanya video yang dimuat naik sebelum jam 11:59 malam pada 22 Ogos 2019 sahaja yang layak bertanding. Pastikan Instagram anda berstatus PUBLIC, bukan PRIVATE ya!

Hadiah

10 unit telefon pintar jenama Realme untuk pembaca terbaik bagi setiap skrip yang terdapat di YouTube Buletin TV3 – (1 skrip 1 pemenang). 10 orang pembaca berita terbaik ini juga akan dijemput ke Sri Pentas untuk merasai sendiri pengalaman membaca berita secara profesional di Studio A lengkap dengan pakaian dan solekan seperti pembaca berita sebenar!

Para pemenang juga berpeluang muncul di Buletin Utama dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai berita TV3! Jom sertai #BacaBeritaChallenge sekarang!

SKIP THIS AD ×