berita

Pernah Beritahu Nak ‘Keluar’ 3 Hari Antara Hajat Terakhir Arwah Abam

February 12th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey sememangnya memberi kesan buat ramai orang termasuk ahli keluarga dan rakan. Malah, ramai juga senang dengan sifat peribadi Abam sehingga pemergiannya meninggalkan seribu satu kisah yang perlu diingati.

Seperti perkongsian dari pelakon Azuan Mazlan menerusi laman Instagram miliknya menyatakan hasrat Abam mengikuti jemaah keluar tiga hari untuk beribadah dan berdakwah.

Allah terima Abam untuk keluar 3 hari

Azuan Mazlan menyifatkan niat kebaikan yang ingin dilakukan arwah Abam untuk berdakwah ke jalan Allah adalah sesuatu yang perlu dipuji.

Allah SWT terima Abam untuk keluar 3 hari. Cuba slide picture yang lain untuk tengok azam si arwah. Apabila seseorang ada azam untuk keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan maka para malaikat telah mencatit kebaikan yang akan dibuat walaupun masih belum berlaku malah Allah SWT telah terima amalannya. Ini baru azam 3 hari si arwah Abam untuk keluar di jalan Allah SWT, Allah dah muliakan ramai yang hadir untuk solat jenazahnya, bayangkan kalau dia azam lebih tinggi lagi untuk 4 bulan, In shaa Allah, Allah telah terima Abam.

‘Saya nak cuba ikut abang…’

Sebelum ini, arwah Abam pernah meninggalkan komen di ruangan Instagram pelakon Azuan Mazlan untuk mengikuti aktiviti dakwah yang dianjurkan. Tidak sangka niat arwah meninggalkan tanda yang besar untuk kita menyedari akan kematian.

Sebab itu Allah muliakan arwah Abam. Mari kita ingatkan balik hamba Allah yang telah Allah jemput dan muliakan sesiapa yang keluar di jalan Allah SWT dan kemudian mati dalam keadaan husnul khotimah sehingga berpuluh ribu manusia menyolatkannya dan mengiringi jenazahnya sehingga di tanah perkuburan. Seperti Arwah Badrul yang meninggal di hadapan makam Rasulullah SAW dan disolatkan berpuluh ribu manusia yang beriman, Haji Meor yang meninggal tengah khuruj di jalan Allah dihadiri beribu orang menyolatkan jenazahnya. Dan Haji Mat yang meninggal dunia di jordan ketika sedang keluar di jalan Allah yang telah disolatkan dan diiringi jenazahnya hingga ke tanah perkuburan seramai 50 ribu orang dan ditanamkan kuburnya di sebelah makam Sahabat Rasulullah SAW.

Esok pasti giliran kita

Azuan Mazlan turut mengajak kita semua untuk menghadiri aktiviti keagamaan yang akan berlangsung selama 3 hari di Masjid Al-Hasanah di Bandar Baru Bangi tidak lama lagi.

Esok pasti giliran kita. Pasti!! Namun apa persiapan kita sekarang ini? Kita sekarang ini ditipu oleh dunia. Malaikat maut datang ziarah kita setiap 20 minit dalam satu hari untuk melihat persiapan kita. Oleh itu, jom kita keluar 3 hari di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi untuk belajar-belajar bantu agama Allah SWT dan hidupkan sunnah Rasulullah SAW pada 13hb Februari hingga 16hb Februari 2020. Ketika pertama kali saya keluar 3 hari, barulah saya rasa yang saya baru jadi orang Islam seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW radiAllah hu’anhum ajmain. Allah akan muliakan kita hanya dengan agama yang sempurna.

Semoga dengan kisah perkongsian daripada Azuan Mazlan ini membuka mata kita semua akan ilmu agama dan amalan kita di dunia ini. Al-Fatihah buat Allahyarham Syed Umar Mokhtar. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Sumber: Saad Bin Abi Waqas

SKIP THIS AD ×