berita

Pernah Berlakon Drama Goblin, Pelakon Korea Go Soo Jung Meninggal Dunia

February 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Industri hiburan Kpop dikejutkan dengan berita kematian seorang pelakon terkenal, Go Soo Jung. Bintang Kpop yang berusia 25 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Februari 2020 yang lalu. Berita sedih ini didedahkan sendiri oleh agensinya iaitu Store J Company.

Bersemadilah dengan tenang

Menerusi laporan Soompi, Agensi Store J Company mengumumkan berita sedih bahawa pelakon di bawah label mereka iaitu Go Soo Jung meninggal dunia dipercayai disebabkan penyakit yang dialaminya. Tetapi, pihak agensi tidak mengulas dengan lebih lanjut berhubung dengan kejadian tersebut.

Go Soo-jung telah meninggal dunia dan menjadi salah satu bintang yang bersinar di langit. Selamanya kami akan mengingati pelakon, Go Soo Jung yang senyumannya menyinari satu dunia. Bersemadilah dengan tenang.

Tambah mereka lagi, Go Soo Jung merupakan salah seorang artis yang sangat baik dan peramah. Mereka juga memaklumkan bahawa proses pemakaman bintang Kpop ini telah diadakan secara tertutup pada 9 Februari yang lalu dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekatnya sahaja.

Pelakon drama Goblin

Menurut sumber, Go Soo Jung memulakan debutnya sebagai seorang anak seni dalam dunia hiburan Korea Selatan pada tahun 2016 dengan memunculkan diri sebagai pelakon yang membintangi drama terkenal, Goblin. Menerusi drama tersebut, Go Soo Jung telah memegang peranan sebagai salah seorang hantu yang sering mengikuti watak Ji Eun-tak atau nama sebenarnya adalah Kim Go-eun.

Bukan itu sahaja, pelakon muda ini dikatakan pernah membintangi sebagai pelakon tambahan dalam drama Solomon’s Perjury pada 2017 dibawah produksi JTBC. Go Soo Jung juga sempat menjadi bintang dalam muzik video BTS iaitu With Seoul yang bertujuan untuk mempromosikan lagu mereka di Korea Selatan.

Sumber: Soompi, Koreaboo

SKIP THIS AD ×