berita

Pernah ‘Bersama’ Sebanyak 30 Kali & Ajak 8 Kawan Lelaki Untuk Lepaskan Bosan, Penghidap HIV Dedah Kisah Hitam

June 29th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Seorang wanita dikenali sebagai Fitrah (bukan nama sebenar) yang menghidap penyakit HIV ingin berkongsi kisah hidupnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya kita menjadi lebih baik dalam hidup kita. Kisah berkenaan telah temu bual oleh Bros Gang TV.

Dapat tahu hidap HIV masa nak derma darah

Foto: Tangkap layar video

Wanita berusia 26 tahun itu hanya mendapat tahu dirinya menghidap HIV selepas dia dan rakannya membuat pemeriksaan untuk mendermakan darah

Apabila ditanya bagaimana perkara sebegitu boleh terjadi kepada dirinya, wanita itu mula menceritakan detik-detik hitam dalam hidupnya semasa dirinya muda.

Zaman sekolah dulu Fitrah ni tak kenal sosial, tak pernah keluar lepak malam. Sampaikan satu masa tu Fitrah kenal seorang lelaki ni dekat Facebook. Dia ni dah habis sekolah.

Jelasnya lagi, lelaki berkenaan merupakan teman lelaki pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang pernah ‘bersama’ dengannya dan lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu mengakui bahawa dia pernah ‘bersama’ sebanyak 30 kali secara sukarela.

Kitaorang tidur sama. Bila kenal dengan dia tu banyak ponteng sekolah dan selalu ikut dia balik rumah sewa dia.

Pernah ajak 8 orang kawan lelaki untuk ‘bersama’

Sekadar gambar hiasan

Selepas setahun setengah bersama, mereka berdua akhirnya putus dan Fitrah mengatakan bahawa dia tidak mengetahui punca sebenarnya kerana bekas teman lelakinya itu secara tiba-tiba minta putus serta mendiamkan diri.

Fitrah rasa kecewa sebab Fitrah dah bagi segala dekat dia. Sampai depress tak nak keluar rumah, duduk rumah je kira tak nak kenal sesiapalah kat luar.

Dia juga turut menceritakan pengalamannya yang telah dirogol oleh bapa saudaranya sendiri di rumahnya tanpa rela. Fitrah juga mengakui tidak berani menceritakan perkara sebenar kerana pada ketika itu keluarganya berada dalam keadaan kucar-kacir

Susulan daripada itu, dia membuat keputusan untuk keluar malam dan mula bergaul dengan kawan-kawan yang mengambil ‘barang’ terlarang.

Fitrah sanggup jual diri untuk dapatkan duit beli ‘barang’ tu macam jadi pelacur.

Fitrah pernah ajak kawan seramai lapan orang, kawan lelaki untuk ‘main’ dengan Fitrah. Sebab waktu tu, Fitrah rasa nak lepaskan bosan je.

Tak sempat minta maaf dengan ayah

Sekadar gambar hiasan

Sejak ayahnya meninggal dunia, wanita berkenaan cuba untuk berubah untuk menjadi lebih baik dan dia menyesal kerana tidak sempat untuk meminta maaf dengan apa yang dia lakukan.

Waktu tu sedih gila sampai.. kira macam.. dah tak nak hidup. So Fitrah decided nak berubah nak stop semua benda.

Andai diberikan pilihan untuk putarkan masa balik, wanita itu berharap agar dia tidak kenal semua benda yang dia lalui kerana dia tidak mahu kecewakan keluarga serta ayahnya.

Di akhir video berkenaan, Fitrah turut menasihatkan orang di luar sana agar tidak mengenal mana-mana orang yang kita jumpa di laman sosial dan jangan mudah terpedaya dengan lelaki.

Video penuh:

Sumber : Bros Gang TV

SKIP THIS AD ×