berita

Pernah Bincang Nak Kolaborasi Bersama, Syamsul Yusof Mengaku Malique Idolanya Dalam Bidang Muzik

July 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof membuat pendedahan di mana dia pernah menerima panggilan daripada penyanyi rap, Malique untuk tujuan berkolaborasi menerusi sebuah lagu.

Dia nak buat lagu untuk saya

Menerusi sebuah video temu bual bersama Bros Gang TV, Syamsul memberitahu perbincangan tersebut berlaku sebelum dia memulakan penggambaran filem ‘Mat Kilau’. Ujar Syamsul, Malique menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk membuat sebuah lagu bersama. Tambah Syamsul, dia boleh memilih empat hingga lima bit yang telah disediakan oleh Malique pada masa itu.

Kami ada berbincang soal lirik. Bagaimanapun, saya bagi cadangan yang Malique siapkan lirik tersebut. Ini kerana, orang nak dengar lagu Malique kerana lirik yang ditulis olehnya.

Jelas Syamsul lagi, projek kolaborasi itu terhenti di tengah jalan selepas jadualnya agak padat. Syamsul turut mengaku bahawa Malique merupakan idolanya dalam bidang muzik sejak di bangku sekolah.

Saya minat sangat dengar lagu Too Phat sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Apabila dewasa, karya Malique jadi lebih bermakna dan beri inspirasi buat diri saya. Sebab itu ada gambarnya dalam klip video Jangan Langsi terbitan saya pada tahun lalu.

Pada masa yang sama, Syamsul memberitahu dia mempunyai keinginan untuk berkolaborasi bersama Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Zynakal.

Video

Sumber: Bros Gang TV

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×