berita

Pernah Diarah Keluar Dari Dewan Bedah, Doktor Malaysia Perkenal Tudung Steril Pertama UK

December 18th, 2019 | by faris
Kini Trending

Tanpa mengira lokasi mahupun pekerjaan, tuntutan menutup aurat adalah satu kewajipan dalam ajaran Islam. Doktor rakyat Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK), Farah Roslan memperkenalkan tudung steril pakai buang pertama untuk dewan bedah di negara itu.

Tudung sebelum ini tidak sesuai

Menurut laporan BBC, Farah mendapat idea mencipta tudung berkenaan ketika menjalani latihan di Royal Derby Hospital di negara berkenaan. Idea itu muncul ekoran kebimbangan jangkitan dari tudung yang dipakainya sepanjang hari.

Farah berkata, dia pernah dikehendaki keluar secara terhormat sebelum menjalankan prosedur pembedahan disebabkan pakaiannya itu.

Saya guna tudung yang sama seharian, sudah tentunya tidak bersih dan sesuai untuk sesi pembedahan. Saya tidak selesa membukanya dan pernah dikeluarkan dari dewan bedah untuk kawalan jangkitan.

Mula digunakan awal Disember

Farah menjadikan Malaysia, tanah kelahirannya untuk mencari idea sebelum dapat mengeluarkan rekaan bersesuaian dan fabrik percubaan. Dia meluahkan rasa gembira dan tidak sabar untuk melihat tudung berkenaan digunapakai di seluruh UK.

Pakar bedah Gill Tierney yang juga mentor kepada Farah berkata pengenalan tudung itu adalah yang pertama seumpamanya.

Kami faham isu ini selalunya tidak diberi perhatian dan didiamkan di seluruh negara sebelum ini. Malahan saya rasa ianya langsung tidak diperkatakan sebelum ini. Ianya tidak memakan kos tinggi, harapnya akan memberi impak besar.

Pihak Hospital Universiti Derby dan Burton berkata tudung itu akan mula didapati dan digunakan pada awal bulan ini.

Sumber: BBC

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×