berita

Pernah Didakwa Guna Sihir Kawal Suami Muda, Rosnah Mat Aris Bahagia Bergelar Isteri

May 11th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pernah hidup menjanda selama 13 tahun, pelakon veteran, Rosnah Mat Aris menganggap jodohnya dengan suami, Tajul Efendie Isa adalah hadiah daripada Allah.

Matang daripada usia

Menerusi laporan Harian Metro, Rosnah memberitahu dia sangat bahagia bersama Tajul. Tambah Rosnah, suaminya seorang yang sangat matang daripada usia meskipun jarak usia mereka agak jauh.

Perkahwinan saya bersama suami adalah hadiah daripada Allah. Saya tak cari pun dan tak pernah terfikir nak kahwin dengan dia masa itu. Tapi, Allah nak bagi ‘hadiah jodoh’ untuk saya. Di antara saya dan suami, perbezaan usia kami amat ketara iaitu 26 tahun. Tapi, alhamdulillah kini sudah 14 tahun kami hidup bersama dan tidak pernah juga bergaduh besar selama ini.

Disoal mengenai tips kerukunan rumah tangga yang diamalkan, Rosnah berkata dia berpegang kepada tiga perkara utama yang sering diingatkan oleh suaminya iaitu jujur, ikhlas dan amanah dalam rumah tangga.

Alhamdulillah, rezeki saya bertemu jodoh dengan lelaki muda tetapi lebih matang pemikiran daripada usianya. Dia (suami) juga hormatkan saya dan berjaya mengubah diri saya 360 darjah dari seorang yang kasar dan bising kepada wanita lebih sopan, menjaga bahasa dan lembut sekarang.

Mempunyai minat yang sama

Saya amat bersyukur pada usia begini, Allah pertemukan jodoh dengan suami yang boleh menjaga saya dengan baik. Allah bagi saya ‘happy’ kerana kami berdua juga mempunyai banyak minat bersama seperti suka memancing, berjalan-jalan serta masuk ke hutan.

Bercerita lebih lanjut, Rosnah berkata dia tidak berniat untuk menyorok suaminya di khalayak ramai. Jelas Rosnah, suaminya tidak gemar ‘show off’ atau menunjukkan diri. Suaminya lebih selesa menjalani kehidupan normal tanpa dianggap menumpang populariti isteri sebagai selebriti.

Berkongsi kisah yang kurang manis pula, Rosnah memberitahu dia tidak terlepas daripada ‘kata-kata’ kurang enak termasuk dakwaan menggunakan sihir bagi mengawal suami muda.

Saya tak guna sihir. Saya banyak berdoa kepada Allah agar diberikan suami yang boleh menjaga dan membimbing saya. Alhamdulillah, Allah nak beri jodoh terbaik dan saya terima.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×