Seorang individu yang pernah didenda selepas mengaku bersalah atas kesalahan menyimpan gambar lucah dalam telefon bimbit memilih untuk bangkit dan tidak terus terperangkap dalam episod hitam yang pernah dilaluinya.

Artikel Berkaitan: Isteri Dedah Suami Suka Tengok Video Lucah, Baru Kahwin Tak Sampai Setahun – ‘Setiap Kali Dia Nak, Saya Layan’

Bangkit & mengalah

Menerusi perkongsian di TikTok, individu dikenali sebagai Muhammad Nurhakim berkata dia menganggap segala dugaan yang berlaku sebagai satu ujian daripada Tuhan untuk mematangkan dirinya.

Ujian Allah ini datang bermacam-macam cara, sama ada kau pilih untuk terus kemurungan ataupun kau bangkit.

Aku bersyukur Allah uji bertubi-tubi walaupun lagi tiga minggu nak kahwin aku kena gari, tapi aku pilih untuk bangkit.

Aku tak mengalah, aku tak pernah selesa dengan pencapaian hari ini sebab aku tahu orang beriman mesti akan diuji.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang memuji semangatnya untuk berubah dan memperbaiki kehidupan selepas berdepan ujian berat.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Nurhakim mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya.

Ketika kejadian, dia difahamkan sedang dalam persiapan untuk melangsungkan perkahwinan sebelum Mahkamah Majistret Ayer Keroh menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 terhadapnya.

Sumber: TikTok