berita

Pernah Diharamkan, Ini Kisah ‘Servis Sidek’, Rahsia Anak-Anak Sidek Juara All England 1982

February 11th, 2020 | by faris
Video Popular

Nama Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid adalah nama-nama besar dalam dunia badminton negara. Mereka telah mencipta sejarah mengungguli gelaran dan pingat dalam kejohanan utama, termasuk All-England, Piala Dunia, Sukan Olimpik.

Namun, mungkin tidak semua orang tahu mengenai satu servis dikenali sebagai ‘Servis Sidek’ atau ‘Servis S’ yang dicipta adik-beradik ini. Kehebatan servis ini tidak dapat dinafikan sehingga mengundang pengharamannya suatu ketika dulu.

Apa itu Servis S dan bagaimana dilakukan

Servis S ini sangat unik di mana ia menyebabkan pergerakan bulu tangkis menjadi ulang-alik yang tidak menentu. Teknik ini dibuat dengan kepala bulu tangki dipegang menghadap ke atas dan bahagian bulu pula dihalakan ke bawah. Tangan yang memegang raket haruslah bersedia dalam kedudukan pukulan backhand.

Ketika bersedia dalam posisi, servis dilakukan secara backhand di mana pukulan dilakukan hanya dengan menolak pergelangan tangan. Bulu tangkis yang dilakukan Servis S membuatkannya melayang dalam keadaan berputar-putar ke arah pihak lawan.

Servis S ini sangat unik di mana ia menyebabkan pergerakan bulu tangkis menjadi ulang-alik yang tidak menentu. Pada Julai 1982, dalam mesyuarat Persatuan Badminton Dunia (IBF), setelah berlaku perdebatan demi perdebatan mengenai servis ini, akhirnya ianya diharamkan.

Misbun ajar Servis Sidek dalam MHI

Misbun Sidek ketika menjadi tetamu jemputan program bual bicara Malaysia Hari Ini pada 10 Februari mengajar mengenai teknik menyempurnakan Servis Sidek kepada penonton.

Menurut Misbun lagi, teknik inilah menjadi rahsia kejayaan Razid & Jailani Sidek mememangi Juara All Englang 1982 dan mengharumkan nama negara.

Sumber: TV3 Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×