Umum tahu, penyanyi Aliff Aziz kini sedang menjalani kehidupan baru dengan melakukan penghijrahan kepada Allah.
Artikel Berkaitan: Tak Lekang Selawat Kepada Rasulullah, Aliff Aziz Dapat Hidayah Sertai Kumpulan Tabligh – ‘Tak Tahu Apa Yang Gerakkan Hati, Saya Sendiri Hantar DM’
Tiada orang yang sempurna
Pernah dilanda dengan kontroversi panas, Aliff, 30, mengakui kesilapannya itu telah menyebabkan ahli keluarganya turut sama terkena tempias menjadi mangsa keadaan.
Bagaimanapun, pemilik nama Muhammad Aliff Aziz memandang ia sebagai satu proses pembelajaran untuk dirinya mengambil secara positif.
Pada awalnya rasa agak teruk kerana ia melibatkan keluarga. Bagi saya, ia langkah pembelajaran. Dalam bidang hiburan, memang dipantau netizen dan bukan semua netizen begitu.
Perlahan-lahan dengan masa yang bergerak, saya fikir walau macam mana pun kita jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong.
Tiada orang yang sempurna. Kalau kita rasa kita di landasan untuk jadi orang sempurna, itu mustahil.
Pilih berdoa daripada berlawan
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Bella Astillah memilih untuk mendoakan kesejahteraan individu yang menulis kata-kata kesat mengenai dirinya.
Baginya, tidak ada faedah untuk saling ‘lawan’ membalas kerana dia tahu niat sebenar keyboard warrior.
Saya kurang baca komen sebenarnya.. Saya akan balas komen-komen itu sebaik mungkin dengan mendoakan untuk mereka yang mempunyai banyak masa terluang.
Sekarang ini, kebanyakan yang baik sahaja di ruang saya. Dulu ya banyak.. sampai terpaksa tutup komen. Bila fikir balik, kita doakan saja dan individu itu akan berhenti di situ.
Bagi pendapat saya, lebih baik berpada-pada dalam berkongsi supaya tak menimbulkan fitnah terhadap kita.
Aliff berkongsi perkara itu ketika sesi siaran langsung di Facebook Nurflix yang membahaskan topik Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi?
Sejak pelbagai kontroversi menghimpitnya, pelantun lagu Sayang-Sayang itu berusaha memperbaiki dirinya untuk melakukan perubahan. Dia juga mahu membuang tatu pada badannya.
Sebelum ini, Aliff juga memutuskan untuk tinggal bersama keluarganya di Singapura sebelum kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia pada Disember tahun lalu.
Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun.
Sumber: Facebook nurflix.tv