

Pelakon terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan mendedahkan pernah menerima ugutan bunuh pada suatu ketika dahulu daripada kumpulan gengster terkenal India iaitu Abu Salem gara-gara menolak tawaran berlakon sebuah filem.
Pernah diugut bunuh

Memetik laporan Indian Express, ugutan bunuh Datuk Shah Rukh Khan berpunca kerana pelakon terkenal itu menolak tawaran berlakon filem yang dikendalikan oleh rakan Abu Salem. Menurut Shah Rukh Khan, dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana pada ketika itu, dia sibuk menjalani penggambaran filem Dil To Pagal Hai.
Bukan itu sahaja, isteri Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan dan anak-anaknya juga terpaksa ‘berkurung’ kerana bimbang akan keselamatan disebabkan ugutan Abu Salem. Abu Salem juga dikatakan pernah menghubungi Shah Rukh Khan dan memberitahu dia kurang senang dengan keputusan pelakon itu menolak tawaran tersebut.
Namun siapa sangka, disebabkan komitmen yang ditunjukkan Shah Rukh Khan dalam membina kerjayanya sebagai pelakon dan sikapnya yang dilihat terlalu baik, Abu Salem akhirnya membuat keputusan untuk membatalkan ugutannya terhadap Shah Rukh Khan.
Sumber: Indian Express





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)