berita

‘Pernah Garu Leher Sampai Terluka Sebab Geli Sangat’ – Trypophobia Perkara Yang Serius

April 25th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa sangka bermula dengan hanya gurauan ingin menakut-nakutkan sesiapa yang melihat gambar tangan berlubang bertukar tragedi apabila mangsa mengalami masalah trypophobia selepas melihat gambar tersebut. Mungkin ada sesetengah daripada kita tidak merasa apa-apa apabila melihat gambar tersebut, namun ada juga yang mengalami simptom ini selepas melihatnya.

Menerusi Twitter Aina berkongsi petikan perbualannya di Whatsapp yang mengisahkan kawannya mengalami kegigilan seluruh badan kerana serik terbayang akan gambar tersebut. Hal ini mendapat perhatian netizen apabila mereka juga berkongsi masalah yang dihadapi mereka setelah melihat gambar tangan berlubang itu.

Menggigil satu badan

Hanya kerana melihat gambar berkenaan di laman Twitter, gadis ini tidak boleh berhenti terbayang akan bentuk tangan berlubang itu sehinggakan dia menggigil satu badan, menangis dan seterusnya berada dalam ketakutan.

Trypophobia itu wujud ya!

Dia turut menyatakan kewujudan simptom trypophobia dalam kalangan mereka yang fobia dengan jumlah lubang yang banyak.

Tergaru-garu macam orang gila

Pengguna Twitter Adnan berkongsi pengalaman yang dihadapinya setelah melihat gambar tangan berlubang sewaktu di bangku persekolahan. Dia seolah-olah kurang siuman kerana sering menggaru tubuh badannya kerana geli.

Netizen berkongsi masalah yang sama

Boleh membawa maut

Trypophobia ini boleh membawa maut kepada mangsa yang mengalami simptom ini kerana mangsa tidak sedar mencederakan diri mereka sendiri kerana perasaan geli yang melampau seperti garu sehingga luka dan berdarah.

Cara mengatasi fobia ini

Ini antara cara-cara mengatasi trypophobia yang boleh dijadikan rujukan untuk semua yang mengalami simptom ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×