Seorang suri rumah sepenuh masa di Makassar, Indonesia tular di media sosial apabila mendedahkan bahawa dia pernah menjadi finalis pertandingan ratu cantik Miss Indonesia pada tahun 2018.
Pernah jadi finalis Miss Indonesia
Menerusi video yang dimuat naik oleh Lita Hendratno di TikTok, wanita berkenaan membuat perbandingan kisah perjalanan hidupnya ketika menyertai pertandingan Miss Indonesia pada 2018 dengan status dirinya yang sekarang.
Dalam pada itu, Lita mengatakan bahawa dia berasa bangga menjadi seorang ibu dan juga sebagai suri rumah sepenuh masa. Video berkenaan hanyalah sekadar imbas semula kenangan ketika dia masih remaja dan belum mendirikan rumah tangga.
Video tu sebenarnya untuk hiburan dan saya tak sangka ia menjadi viral. Sejujurnya, saya tak pernah menyesal dengan pilihan saya untuk menjadi seorang suri rumah.
Ujarnya lagi, dia mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah kerana tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti perkembangan anaknya membesar.
‘Inilah saya ketika belum berkahwin’
@litahendratno_ #prestasisebelummenikah #prestasi #selflove kita liat apakah soun ini akan kembali viral btw this is me before married . how about you ? ? i believe all woman is the best #fyp? ? Follow AndrewsVisual – Andrew Thomson ?
@litahendratno_ hai bun ini video lengkapnya dan suaranya ya hehe kan pada nanya suaranya ke gimana itu ya bun #missindonesia #fyp? ? Angel Baby – Troye Sivan
Sumber : litahendratno_, Tribunnews