
Drama dan filem berunsurkan jenayah dan watak kepolisan sentiasa mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Selain jalan cerita yang penuh debaran, watak anggota polis yang tegas, berani dan berintegriti sering menjadi elemen utama yang menghidupkan sesebuah naskhah.
Menariknya, industri hiburan tempatan turut melahirkan ramai pelakon wanita yang berjaya meninggalkan impak menerusi watak anggota polis. Ada yang begitu sinonim dengan drama bersiri kepolisan, malah ada juga yang berkali-kali diberi kepercayaan membawa karakter pegawai penyiasat.
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Kembali Dengan Gerak Khas 2.0, Nafi Guna ‘Kabel’ – ‘Semangat Juang Saya Sebab Minat Dengan Dunia Kepolisian
Artikel Berkaitan: Pelakon Wanita Drama Kepolisan Didakwa Ditahan Dalam Bilik VIP, Positif Tiga Jenis Dadah
Siapakah Pelakon Paling Ikonik Bawa Watak Kepolisan?
1. Abby Abadi
Sebut sahaja drama Gerak Khas, pasti ramai yang terus teringat kepada watak Inspektor Aleza sebelum dinaikkan pangkat kepada Deputi Superintendan Polis (DSP) yang merupakan wajah paling ikonik dalam sejarah drama kepolisan Malaysia sejak musim pertama yang mula disiarkan pada tahun 1999.
Watak tersebut bukan sahaja melonjakkan popularitinya sebagai pelakon, malah menjadi Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan antara simbol kepada anggora polis wanita di televisyen.
Sepanjang bertahun-tahun membintangi siri itu, Abby berjaya menampilkan karakter seorang pegawai yang tegas ketika bertugas, namun masih memili sisi penyayang terhadap rakan sepasukan. Malah, sehingga hari ini ramai peminat masih mengaitkan nama Abby dengan watak DSP Aleza.
Artikel Berkaitan: ‘Diperlakukan Macam Sampah Pun Saya Diam Sahaja’ – Abby Abadi Nafi Suka Canang Hal ‘Dalam Kain’
2. Erra Fazira
Sebagai seorang selebriti paling berpengaruh di Malaysia, Erra juga pernah membuktikan kemampuannya membawa watak anggota polis. Watak lakonan Erra dalam siri drama kepolisan Gerak Khas ialah DSP Jeslina sekitar tahun 2018 dan kini turut membawakan watak sama dalam drama siri terbaharu Gerak Khas 2.0.
Erra turut memegang watak berbeza sebagai Inspektor Shafikah dalam Gerak Khas The Movie. Pengalaman luas dalam bidang lakonan membolehkan Erra menghidupkan watak seorang pegawai kanan polis yang berkarisma dan berwibawa, membuatkan setiap babak siasatan dan operasi kelihatan cukup meyakinkan.
Artikel Berkaitan: Erra Fazira & Suami Sepakat Tak Kongsi Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial – ‘Kongsi Yang Seronok Saja’
3. Sheera Iskandar
Sheera turut menjadi sebahagian daripada keluarga besar Gerak Khas menerusi watak Asistan Superintenden Polis (ASP) Sheera. Sebagai pegawai penyiasat, dia sering dipaparkan mengetuai operasi serta membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah.
Apa yang menarik, Sheera berjaya menampilkan keseimbangan antara ketegasan seorang anggota polis dengan sisi kemanusiaan wataknya. Lakonan yang bersahaja tetapi penuh keyakinan membuatkan ramai penonton menerima kehadirannya dalam siri yang sudah mempunyai kelompok minat setia itu.
4. Salina Saibi
Bagi peminat setia Gerak Khas, nama Salina Saibi sememangnya tidak asing lagi. Menerusi watak Inspektor Salina, dia tampil sebagai pegawai polis yang berani, cekap dan sentiasa komited ketika menjalankan siasatan.
Sepanjang membintangi siri itu, Salina banyak terlibat dengan pelbagai episod yang memaparkan operasi membanteras jenayah, kes penculikan, pengedaran dadah dan pelbagai misi berisiko tinggi.
Walaupun tidak sepopular pelakon utama lain di luar siri tersebut, kehadiran Salina memberi warna tersendiri kepada francais Gerak Khas selain turut mengukuhkan lagi imejnya sebagai antara pelakon wanita sinonim dengan watak kepolisan.
Artikel Berkaitan: Salina Saibi Mohon Doa Orang Ramai, Jurusolek ‘Gerak Khas’ Kena Strok Selepas Ditipu RM30,000
5. Raja Ilya
Raja Ilya pernah menjadi antara tonggak utama Gerak Khas apabila membawakan watak Inspektor Shakila sekitar tahun 2015 hingga 2018. Kehadirannya memberi nafas baharu kepada siri tersebut dengan imej anggota polis wanita yang berani, lasak, dan tidak gentar berhadapan penjenayah.
Dia juga sering terlibat dengan pelbagai babak aksi yang memerlukan komitmen fizikal tinggi. Kesungguhannya menjayakan karakter itu menyebabkan ramai peminat beranggapan Raja Ilya sesuai membawakan watak anggota penguat kuasa.
Artikel Berkaitan: ‘Perceraian Adalah Pilihan, Kadang-Kadang, Pengakhiran Itu Satu Jawapan’ – Raja Ilya
6. Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah membawa watak sebagai Inspektor Sarah dalam Polis Peronda yang mengetuai operasi serta berdepan pelbagai cabaran dalam tugasan harian dan kehidupan peribadi.
Demi menjayakan karakter tersebut, Sarah menjalani latihan kecergasan termasuk kickboxing bag memastikan aksi dan pembawaannya lebih meyakinkan.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya, Suruh Dia Cari Suami Gaji RM20K, Gaji RM5K Macam Awak Tak Layak’ – Puteri Sarah
7. Elly Mazlein
Sebelum dikenali sebagai pengacara dan penyanyi yang sering mencuit hati penonton, Elly Mazlein sebenarnya memulakan perjalanan lakonannya menerusi drama Gerak Khas sebagai Detektif Mazlein dari tahun 2003 hingga 2005.
Watak tersebut menjadi antara platform awal yang memperkenalkan bakat lakonannya kepada penonton tempatan. Walaupun ketika itu dia masih baharu dalam industri, Elly berjaya memberikan persembahan yang meyakinkan sebagai anggota polis wanita yang bersemangat dan berdedikasi.
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Cakap Azeva Jelmaan Kak Lina Pom Pom, Tak Apa Nak Tiru’ – Elly Mazlein Minta Netizen Sokong Bakat Baharu
8. Angeline Tan
Sebelum era Abby Abadi, Angeline Tan merupakan antara pelakon wanita yang cukup dikenali menerusi drama Gerak Khas.
Membawakan watak sebagai Chief Inspektor Geena dari tahun 2004 hingga 2011, menjadikannya antara pegawai polis wanita paling lama muncul dalam siri tersebut.
Meskipun tidak kerap muncul dalam liputan berita arus perdana, watak Geena cukup dikenali dalam kalangan peminat setia Gerak Khas.
Pembawaan watak tersebut yang sangat tenang, profesional dan berkarisma menajdikan Angeline sesuai menggalas watak pegawai kanan polis yang mengetuai siasatan operasi khas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Tinggal Solat Sebab Tak Nak Siakan Permulaan Yang Bagus’ – Angeline Tan