berita

Pernah Jadi Mangsa Pedofilia Pada Umur 10 Tahun, Gadis Ini Akui Trauma & Fobia Dengan Lelaki

August 22nd, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dilaporkan berlaku. Perbuatan jijik dan terkutuk ini bukan sahaja memberi kesan trauma kepada mangsa, malah menghancurkan masa depan mereka.

Seperti pengalaman pengguna Twitter Heyda Hyun ini, semasa berusia 10 tahun alat sulitnya disentuh seorang lelaki dewasa. Semasa kejadian, dia bersama ibu sedang membeli barangan dapur di kedai runcit berhampiran rumah.

Matanya tertumpu pada aku

Menceritakan kembali detik hitam, lelaki berkenaan sempat meraba dan menunjukkan aksi penetrasi ketika berselisih bahu di dalam kedai runcit. Akibat terlalu terkejut dan malu, dia hanya mendiamkan diri sambil tahan air mata.

Sambil tersenyum sinis

Kesan daripada gangguan tersebut, dia mengalami trauma dan berubah karakter. Dia menjadi pendiam dan takut dengan lelaki sehinggalah ke zaman universiti.

Trauma yang dahsyat

Gadis ini menjelaskan lagi, seorang pesalah pedofilia tidak layak diberi peluang kedua kerana telah menghancurkan masa depan kanak-kanak mereka. Tambahnya, ibu bapa haruslah sentiasa bertanya anak mengenai gangguan fizikal kerana mereka berkemungkinan menjadi mangsa lelaki tidak berguna dalam diam!

Sumber : Heyda Hyun

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×