berita

Pernah Jadi ‘Pemabuk’ Suatu Ketika Dahulu, Aamir Khan Berhenti Minum Alkohol Sebab…

March 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Bollywood, Aamir Khan mendedahkan dirinya pernah menjadi seorang ‘pemabuk’ suatu ketika dahulu. Menurut Aamir, dia pernah menghabiskan satu botol alkohol untuk sekali minuman dan menyifatkan perbuatan tersebut sangat tidak bermoral. Sejak dari itu juga, dia mengambil keputusan untuk berhenti mabuk.

Menyesal selepas minum

Menerusi laporan FilmFare, Aamir Khan memberitahu dia sudah berhenti dan tidak mengambil minuman beralkohol lagi. Ini kerana, tabiat tersebut sangat tidak baik dan mampu membinasakan diri sendiri serta orang di sekeliling.

Sebenarnya saya bukan pemabuk yang minum alkohol setiap hari. Saya minum bila ada acara sahaja. Tapi masalahnya, saya boleh habiskan alkohol ‘sekali jalan’ sewaktu minum. Itu adalah sangat tidak baik. Apabila dalam keadaan mabuk, kita selalu tak sedar perbuatan atau perkataan yang dikeluarkan. Perkara tersebut akan buat kita menyesal selepas itu.

Tambah Aamir, sepanjang dia minum tidak pernah ada perkara buruk yang berlaku. Tetapi dia percaya bahawa seseorang akan hilang kawalan serta pertimbangan sekiranya minum alkohol.

Sumber: FilmFare

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×