Penyanyi, Puteri Khareeza berkongsi berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Artikel Berkaitan: Puteri Khareeza Selesai Jalani Pembedahan Akibat Infeksi, Kini Dalam Tempoh Penyembuhan – ‘Saya Minta Tidak Jahit, Open Wound’

Artikel Berkaitan: Puteri Khareeza Akui Suami Banyak Bantu, Makin Matang Selepas Kahwin – ‘Bab Memasak Dia Yang Uruskan’

Tahniah!

Menurut Puteri Khareeza atau nama lengkapnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, dia tidak mengalami sebarang gejala awal kehamilan dan hanya mengetahui tentang berita gembira itu selepas melakukan ujian kehamilan.

Saya sedang hamil dan usia kandungan saya sudah enam bulan.

Sebenarnya saya tak berdepan dengan ‘morning sickness’ langsung sejak trimester pertama. Tak ada muntah-muntah.

Dapat tahu saya (mengandung) pun sebab lambat datang bulan dan bila buat ujian kehamilan, Alhamdulillah ‘melekat’.

Saya dapat tahu saya hamil pada Mac lalu.

Bercerita lanjut, Puteri memaklumkan dirinya tidak melalui fasa mengidam seperti kebanyakan ibu mengandung namun, mengakui selera makannya meningkat secara mendadak.

Cakap soal mengidam tak ada tapi saya makan banyak.

Sebelum hamil berat saya ialah 46 kilogram (kg) dam sekarang dah 56kg, tambah 10kg.

Puteri berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media ‘Malam Paling Terhangat’ Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang diadakan di APW, Bangsar pada malam Khamis.

Puteri pernah keguguran

Ditanya mengenai keputusan merahsiakan berita kehamilan, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Kerana Cinta Itu Ada’ itu memaklumkan dia dan suami memilih untuk berbuat demikian selepas mengalami keguguran pada hujung tahun lalu.

Memang saya suka rahsia, kahwin pun berahsia jadi bila tahu mengandung saya dan suami ambil keputusan nak rahsiakan dulu.

Saya pernah gugur pada bulan 12 yang lalu ketika kandungan berusia tujuh minggu. Jadi, tak nak perkara ini dihebohkan awal sebab takut tak jadi dan sebagainya.

Tapi tak boleh nak rahsia sekarang sebab saya dah membesar dengan jayanya. Bukan saya saja tapi perut saya pun membesar, mengah pun dah mula mengah.

Ramai juga yang kata dah nampak ‘baby bump’ jadi saya bagitahu sajalah sekarang.

Dalam pada itu, Puteri menzahirkan rasa syukur kerana proses kehamilannya kali ini dipermudah dan tidak berdepan dengan sebarang komplikasi.

Alhamdulillah kehamilan kali ini tak ada komplikasi.

Saya dan suami selalu buat pemeriksaan. Kalau sakit ke apa memang saya terus berjumpa doktor dan Alhamdulillahh setiap kali ‘check’, kandungan sihat.

Jantina pula rahsia walaupun saya dah tahu. Nanti dah hujung-hujung baru bagitahu.

Untuk rekod, Puteri Khareeza dan suaminya, Mohd. Shukor Khamaruddin selamat mendirikan rumah tangga pada 24 Februari tahun lalu selepas empat bulan mengenali hati budi menerusi media sosial.

Sekadar info, Puteri berjaya menempatkan diri dalam senarai top 10 bagi kategori ‘Selebriti Newcomer Terhangat’ bagi AMT 2025.

Dikendalikan oleh duo pengacara terhangat Fikry Ibrahim dan Ain Edruce, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan malam kemuncak AMT 2025 yang akan berlangsung pada 3 Ogos ini, jam 9 malam, secara langsung di TV3 dan strim eksklusif di Tonton.

Acara Karpet Merah akan menemui penonton lebih awal, mulai jam 8 malam di TikTok Melodi Berapi dan TV3 Malaysia.