berita

‘Pernah Kena Penampar Tak Dengan Chopping Board?’ – Fazley Yaakob Geram Kena ‘Body Shaming’

May 26th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kesal terhadap segelintir masyarakat yang tidak menjaga sensitiviti mengenai perubahan bentuk badan seseorang.

Ditegur badan berisi

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fazley di Instagram (IG), terdapat individu secara bersahaja mengatakan bahawa badannya semakin berisi.

Menurut Fazley, teguran seperti itu tidak perlu diungkapkan kerana ia boleh membuatkan sesetengah individu terasa hati lebih-lebih lagi ianya melibatkan fizikal seseorang.

Kalau lah media sosial boleh auto block dan ban orang-orang yang suka body shaming, saya rasa ramai orang hilang akaun masing-masing tau!

Orang tua-tua cakap, kalau nak tegur gemuk, lebih baik diam, kalau nak tegur cantik, panjang-panjangkan cerita.

Dalam pada itu, dia turut menasihatkan orang ramai supaya berbudi bahasa dan tidak menegur fizikal seseorang.

Meh sini kalau ada lagi orang yang teringin nak rasa kena penampar dengan chopping board?

Apa lagi yang korang rasa tak patut ditegur sebab akan jadi body shaming.

‘Terasa diri tu sempurna sangat kot’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Fazley. Namun, ada juga yang tidak kisah sekiranya mereka digelar ‘gemuk’.

Sumber : fazleyyaakob

SKIP THIS AD ×