berita

Pernah Lihat P.Ramlee Kena ‘Boo’ – Jamal Abdillah

April 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Jamal Abdillah

Mungkin ramai yang tidak tahu, di penghujung era zaman P.Ramlee, beliau sudah mula tidak diterima oleh peminat dan kebanyakan karyanya tidak mendapat sambutan lagi.

Bukan setakat disitu, lagu-lagu dendangannya juga ditolak mentah-mentah dan menurut Jamal Abdillah, dia melihat sendiri bagaimana P.Ramlee di’boo’ ketika beliau muncul di pentas untuk membuat persembahan.

“Kejadian itu saya saksikan sendiri ketika saya masih kanak-kanak. Pada waktu itu saya menonton persembahan P. Ramlee dengan beberapa artis lain termasuklah A. Ramlie dan L. Ramli di Kuala Selangor.

“Ketika P.Ramlee muncul, dia kena ‘boo’. Peminat sudah tidak boleh terima muzik dia lagi pada waktu itu sedangkan dia adalah satu nama besar dalam industri seni. Ia membuatkan saya rasa takut.”

Tak sangka sampai begitu sekali layanan yang diterima P.Ramlee. Insan yang kita anggap sebagai seorang permata berharga rupanya dilayan seperti ‘sampah’ bila dia sudah mula tidak laku. Tak mustahil perkara yang sama akan terjadi pada selebriti-selebriti lain diluar sana, kan?

Nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Beliau pernah dikurniakan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1962. Beliau pergi meninggalkan sejarah pada 29 Mei 1973 ketika berumur 44 tahun.

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×