Sering kali diajukan soalan mengenai status agama daripada netizen, jurulatih kecergasan, Kevin Zahri akhirnya berkongsi mengenai latar belakang keluarganya.
Kristian atau Islam?
Menurut Kevin, bapanya seorang yang beragama Islam, namun dia dibesarkan sebagai penganut agama Kristian. Ini kerana, ibunya berasal dari Jerman. Tambah Kevin, semuanya berubah apabila ayahnya berhijrah ke Malaysia pada tahun 1991. Sejak daripada itu, ayahnya mendalami ilmu agama dan mengajar kesemua anak-anak mengenai Islam.
Saya terima banyak soalan mengenai agama saya sejak beberapa tahun lalu dan tak apa, sebab orang nak tahu kan. Saya membesar sebagai penganut agama Kristian. Nama saya buka Kevin Zahri Bin Abdul Ghaffar seperti sekarang. Dulu nama saya Kevin Nicholai Christopher Zahri.
Saya pernah pergi ke gereja, saya berdoa seperti Kristian malah saya pernah sertai kumpulan koir Krismas dan baca buku seperti ‘Bible’ waktu kecil. Sampailah suatu masa bila bapa berpindah ke Malaysia, beliau dapat hidayah dan tanggungjawab untuk memimpin anak-anak berkaitan Islam.
Berkongsi cerita lebih lanjut, Kevin mengakui susah untuk dirinya menerima agama Islam pada hari pertama mendapat bimbingan daripada seorang ustaz. Ibu bapa Kevin difahamkan telah berpisah ketika dia masih berumur 12 tahun ketika itu.
Ketika itu, ibu bapa saya mula mendedahkan kami kepada agama Islam dengan bimbingan pelbagai ustaz. Tapi saya tak menerimanya pada hari pertama. Jadi ia mengambil masa untuk mempersoalkan agama A dan B. Nanti saya akan cerita perjalanan saya sebagai seorang mualaf.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Kevin Zahari