berita

Pernah Muncul Dalam Drama Hotel Del Luna, Artis Korea Sulli Beri ‘Hint’ Sebelum Ditemui Mati

October 14th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Pada 14 Oktober 2019, industri hiburan K-Pop dikejutkan dengan kematian pelakon dan penyanyi Choi Jin-ri atau lebih dikenali sebagai Sulli. Bintang K-Pop berusia 25 tahun itu ditemui meninggal dunia di rumahnya di Seongnam, Seoul .

Menurut pihak polis Seongnam, Sulli dilaporkan ditemui mati pada pukul 3.20 petang selepas pengurus bergegas ke rumah selebriti tersebut kerana tidak dapat menghubunginya.

Aktif giat berlakon

Sulli memulakan debutnya sebagai ahli kumpulan girl f (x) bersama ahli ahli yang lain iaitu Victoria, Amber, Luna dan Krystal pada September 2009 dengan single La Cha Ta. Pada Ogos 2015, Sulli mengumumkan secara rasmi keluar dari kumpulan f (x).

Walaupun mundur dari dunia muzik, dia mula aktif berlakon dengan muncul dalam filem The Pirates, Fesyen King dan Real. Selain filem,  Sulli juga aktif berlakon dalam drama TV iaitu The Beautiful You dan yang terbaru drama popular di Malaysia Hotel Del Luna.

Pernah bagi hint bunuh diri

Sejak akhir-akhir ini saya berfikir yang saya tak akan menjadi artis sepanjang hayat saya. Saya rasa yang saya sesuai berada di  “tempat ini”. Kadang kala saya percaya yang saya tidak seperti mereka.

Saya melihat diri saya dari sudut berbeza dan tidak akan menjadi seperti mereka. Mereka adalah orang yang sepatutnya menjadi selebriti.

Menerusi portal Metro, Sulli digantungkan kariernya dalam dunia K-popnya pada 2014 selepas bergelut dengan kecaman netizen dalam talian. Dia juga pernah membuat kenyataan di akhbar Grazia, dengan membuat pengakuan tidak akan menjadi artis selamanya.

Malah, ‘tempat’ yang dimaksudkan sesuai dengan dirinya mungkin dunia hiburan. Walau bagaimanapun, pihak polis kini sedang memeriksa sama ada Sulli meninggalkan nota bunuh diri dan sedang menyiasat butiran lanjut.

Post terakhir Sulli

View this post on Instagram

 

@stretchangels ? ?? ??????

A post shared by ????? (Sulli) (@jelly_jilli) on

Sehari sebelum kematiannya, dia berkongsi video hadiah dari beg jenama Stretch Angels. Di dalam video itu dia melahirkan rasa terharu dengan meletakkan fotonya menahan sebak seolah-olah itu adalah hadiah terakhir yang diterimanya.

Saya pernah mengalami gangguan panik sejak kecil lagi. Ada kalanya orang yang rapat dan beberapa rakan terdekat telah meninggalkan saya.

Banyak orang menyakiti saya, jadi segalanya hancur. Saya merasakan tiada siapa di pihak saya dan tiada siapa yang memahami saya. Kerana itulah saya hancur.

Menurut sumber, selebriti ini juga pernah akui alami kebimbangan melampau dan fobia menerusi rancangan realitinya sendiri  Jinri Store yang bersiaran tahun 2018.

Buat masa ini, pihak SM Entertainment masih belum memberi maklum balas berkenaan laporan tersebut. Apa-apa pun, kita tunggu pengesahan pihak polis dan pihak pengurusan mereka.

Sumber : Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×