berita

Pernah Nak Melabur Dengan Mata Wang Kripto? Sebelum Tu, Baca Fakta Ni Dulu!

May 9th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Selama ni korang mesti tertanya-tanya adakah dengan membuat pelaburan kripto dapat menjana pendapatan dan membina kekayaan seseorang? Bukan apa, kadang-kadang ada orang sekeliling yang menyatakan modal mereka hangus lah aset tak menjadi dan tak selamat lah. Risau juga dengar kan?

Walaupun perkara tersebut mungkin berlaku, tapi kalau korang tahu kaedah dan maklumat yang betul, ia dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya perkara seperti itu.  Jadi, jom admin kongsi cara yang betul yang korang perlu tahu! 

1. Boleh mula melabur dengan modal yang kecil

Untuk memulakan sesuatu pelaburan ni adalah penting untuk korang mulakan dengan modal yang sikit dulu. Jangan sampai korang berhutang atau buat sebarang pinjaman kalau nak mula melabur.

Kalau boleh gunakan duit lebihan yang ada je. Bukan apa, nanti mula lah kata modal hangus lah, tak ada untung lah. Itu disebabkan korang yang tak pandai nak urus dan melabur dengan betul. Tak perlu kaya raya atau duit yang terlalu banyak baru boleh join. Korang start dengan yang sikit dulu pun boleh!

2. Ada risiko yang tinggi kalau tiada ilmu

Setiap apa yang kita nak buat, mesti kena ada ilmu. Kalau korang tak tahu akan sesuatu, korang kena belajar dan ambil tahu sekurang-kurangnya pengetahuan asas supaya nanti bila ada risiko korang mudah nak handle. Macam tu jugalah kalau korang nak melabur dengan mata wang kripto ni.

Orang kata, jangan terburu-buru dan terikut-ikut dengan orang lain. Oleh itu, kalau korang nak melabur, pastikan korang betul betul faham tau!

3. Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti

Kalau korang nak tahu, mata wang kripto ni sah di Malaysia tau. Siap dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ia juga bagi memastikan pasaran aset digital Malaysia dikawal dengan baik.

Bukan itu saja, ia juga untuk menggalakkan inovasi yang bertanggungjawab dalam ruang aset digital dan pada masa sama memastikan kepentingan pelabur dilindungi.

4. Mata wang kripto adalah dibenarkan dalam islam

Ini benda penting yang korang perlu titikberatkan. Untuk pengetahuan korang semua, pelaburan dan perdagangan menggunakan bursa terkawal dan membabitkan mata wang kripto seperti Luno, Tokenize, MX Global, Sinegy adalah dibenarkan dalam agama islam. 

Jadi, buat pelabur beragama Islam tu, korang boleh turut serta dalam pelaburan ini. Jadi, korang tak perlu rasa was-was dan risau lagi!

Kalau korang rasa nak melabur di platform yang betul & selamat, boleh mula dengan Luno! 

Untuk pengetahuan korang, Luno ini merupakan sebuah platform dimana korang boleh mula melabur dalam mata wang kripto dengan mudah dan selamat tau!  

Bukan tu saja, mereka siap tawar “Tahap Ganjaran” dan korang boleh dapat lebih banyak lagi Bitcoin kalau korang ajak rakan-rakan yang lain untuk join sekali! Senang je, setiap bulan baharu korang hanya perlu membeli atau menjual kripto dengan Luno dan selepas itu korang dapat lah pergi ke tahap yang seterusnya. 

Ada 3 tahap yang korang boleh capai tau, antaranya:

  • Tahap 1 – Bila korang dah mula mendaftar dan disahkan
  • Tahap 2 – Beli atau jual sebulan sekali selama 6 bulan
  • Tahap 3 – Beli atau jual sebulan sekali selama 12 bulan

Selepas korang dah berjaya memenuhi kriteria kelayakan tu, mereka akan maklumkan tentang tahap yang baharu korang boleh dapat! Ganjaran korang tu nanti akan dibayar dalam masa 30 hari selepas orang yang korang rujuk itu membeli beberapa kripto. Mudah kan!

Tapi, macam mana pula kalau korang nak rujuk kawan korang? Ikut langkah ni!

  1. Klik Ganjaran pada aplikasi atau pada laman web rasmi Luno
  2. Pilih RUJUK RAKAN dan kongsi kod unik korang dengan mereka
  3. Bila mereka dah daftar, boleh terus masukkan kod unik korang dan membeli jumlah kripto sebanyak RM250
  4. Kemudian, kedua-dua daripada korang akan berpeluang untuk mendapat tahap ganjaran tersebut

Korang siap boleh menjejaki bilangan orang yang telah korang refer dan hanya tunggu sahaja ganjaran yang akan masuk nanti!

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web mereka di SINI atau pun melalui aplikasi App Store dan Google Playstore.

SKIP THIS AD ×