berita

Pernah Nampak Dalam Stroller, Lelaki Tak Sangka Kahwini Bayi Tersebut 20 Tahun Kemudian

August 16th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di London, seorang lelaki tidak menyangka akan berkahwin dengan bayi yang pernah dilihatnya di dalam kereta sorong sejak 20 tahun yang lalu.

Usia sekadar angka

Menurut Rich, 48, dia sudah bertemu isterinya Evie, 29, ketika wanita itu masih bayi. Menerusi laporan NewYorkPost, Rich mengaku pernah melihat isterinya disorong ibunya pada tahun 90-an di kawasan kejiranan mereka. Namun begitu, mereka berdua akhirnya bertemu kembali pada bulan Oktober 2018 sebelum membuat keputusan untuk berkahwin Julai lalu.

Meskipun jarak usia hampir dua dekad, Rich tidak kisah mengenai perkara tersebut. Tambah jurukur itu, dia agak pelik apabila mengenangkan detik pertemuan dengan isterinya ketika wanita itu masih bayi.

Ini sesuatu yang pelik apabila dikenang kembali bagaimana kami bertemu. Usia hanya sekadar angka dan ia tidak menghalang kami untuk jatuh cinta walaupun jarak usia 19 tahun.

Ujar Rich, mengahwini Evie adalah keputusan terbaik dibuat dalam hidupnya dan pasangan itu akan memiliki cahaya mata tidak lama lagi. Menurut Evie, dia berasa agak janggal apabila mengetahui dia sudah bertemu suaminya ketika masih bayi.

Usianya bukan halangan kerana dia seorang yang berjiwa besar dan dia akan menjadi bapa yang hebat.

Jelas Evie, dia tertarik dengan personaliti Rich ketika pertama kali bertemu sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

Sumber: NewYorkPost

SKIP THIS AD ×