Pelakon Raysha Rizrose sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya, Nabil Jeffri yang merupakan seorang pelumba kereta Formula 3.
Artikel Berkaitan: ‘Tahun Depan Kita Pula’ – Kaum Adam Masuk ‘Line’ Mengurat Adik Uqasha, Dah Terlambat Raysha Rizrose Pilih Pelumba Kereta
Pernah putus sekali
Menurut Raysha, 26, dia mula menjalinkan hubungan percintaan sejak 10 tahun lagi, ketika mereka di sekolah menengah.
Akui Raysha, dia pernah sekali ‘putus cinta’ selama empat bulan kerana tuntutan karier kekasihnya yang lebih banyak berada di luar negara.
Katanya, hubungan mereka kembali berpaut selepas Nabil, 29, berjaya memujuknya.
Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.
Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan.
Sepanjang tempoh 10 tahun ini, kami saling memahami tuntutan karier masing-masing. Malah, kalau ada masalah pun, kami segera berbincang dan selesaikannya.
Tapi, tipulah kalau kami tak pernah bergaduh dan merajuk. Apapun, pada umur sekarang kami dah fikir ke arah perkahwinan.
Raysha berkata demikian sejurus usai acara pratonton RR Bridal RTW 22 yang diadakan di Shangri-La Hotel Boutique, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Pereka fesyen tersohor, Rizman dan Ruzaini memperkenalkan Raysha sebagai ‘muse’ untuk rekaan mewah mereka yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Nak rasa pengalaman darah manis
Biarpun sering diasak dengan soalan kahwin, namun pemilik nama Farza Naquraisha Mohd Fariz menyatakan dia langsung tidak terganggu dan stres kerana menunggu waktu yang tepat.
Sebelum ini, ada yang bertanya mengenai soal itu (kahwin), namun ia tidak membuat saya berasa tertekan. Sebab saya percaya, bila diri sendiri sudah bersedia, fasa itu akan tiba juga.
Kini saya rasa detik itu sudah sampai, maklumlah, umur setiap tahun meningkat. Alhamdulillah saya dah capai apa yang diinginkan, kakak-kakak sudah berkahwin. Jadi, inilah masanya untuk saya ‘move on’ dengan hidup.
Dalam pada itu, juara Dewi Remaja 2014/2015 menyatakan dia ingin merasai proses merisik, bertunang dan akhirnya bernikah.
Bercakap tentang perkahwinan impian, pelakon drama Dia Menantu Rahsia menginginkan majlis yang tidak terlalu mewah, tetapi meriah dengan kehadiran keluarga, saudara mara serta kenalan rapat.
Sumber: Instagram @rizmanruzaini