berita

Pernah Reject 5 Orang, Wanita Ini Kongsi 8 Tips Penting Pilih Pengasuh

July 4th, 2018 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Bagi ibu bapa yang bekerja, pengasuh adalah individu dimana mereka meletakkan sepenuh kepercayaan untuk menjaga anak. Ada yang menjaga hanya beberapa jam sehari, ada juga yang menjaga mengikut waktu bekerja si ibu bapa itu sendiri.

Namun malang tidak berbau, ada masanya pengasuh mengambil lewa tugas sehingga menyebabkan anak asuhan terkorban. Di Facebook, wanita ini kongsi pengalaman reject 5 orang pengasuh kerana tidak menepati ciri-ciri dikehendaki. Penting!

Tengok keadaan rumah dan anak pengasuh

5 pengasuh i rejected waktu nak cari pengasuh Ozil.

Yes, new mommy mmg paranoid sikit. Ye la, takot sangat dengan segala berita yang dibaca. I terpanggil untuk share tips mencari pengasuh untuk new mommy. Nursery is my 2nd choice sebab waktu cuti sem zaman uni pernah bekerja dekat nursery under gov, mmg banyak benda yang tak baik yang i tengok. Tutup cerita pasal keburukan yang i nampak, tapi yang tak baik and common probs bila anak cepat tededah kepada jangkitan penyakit. Dorang akan mudah kena selsema & demam.

Career mommy memang akan sentiasa dilemma bila dah mula bekerja. Nak make sure anak kite dengan pengasuh yang baik & anak kite happy dekat rumah pengasuh. It’s ok to be paranoid mommy. So i continue with tips memilih pengasuh :-

1) Waktu first time datang rumah, masuk la tengok keadaan rumah. Tengok kebersihan rumah, sususan perabot. Kebersihan tu penting, baby akan kutip dan makan apa2 je yang die nampak. Kalau banyak sgt habuk atas lantai, nnti baby akan kutip dan makan. Kalau rumah bersih, insyaallah pengasuh akan menjaga anak kite dengan bersih, makanan yang bersih, penjagaan yang bersih tu sangat la penting.

2) Tengok anak2 pengasuh. kalau yang masih bersekolah dan tinggal dirumah, tengok attitude dan cara pecakapan dorg. kalau anak2 die datang salam, pengasuh akan ajar didikan yang sama dekat anak kite. Kalau anak die yang bekerja tu, boleh je tanya background dorg, kalau die bagitahu anak no.1 imam masjid, no 2 peguam, no 3 nak ambil SPM pelajar harapan, ada harapan lah pengasuh bagi tunjuk ajar yang sama dekat anak kite. Tapi kepandaian tu advantage, yang penting attitude. Anak kite akan spend masa lebih dari 10 jam sehari. Segala tunjuk ajar pengasuh mesti anak kite akan ikut.

Periksa berapa ramai anak jagaan pengasuh

3)Berapa ramai anak jagaan pengasuh, Kalau kurang dari 6 bulan tu pastikan sorang je. Sorang pengasuh boleh jaga dalam 3 orang sahaja. Ni Gov dah hadkan untuk pengasuh. kalau lebih pastikan pengasuh ada bantuan. Dari husband die ke, anak2 yang tinggal dengan die ke. So that pengasuh akan fokus dekat anak kite. Anak yang berumur 2 tahun ke bawah memang kena jagaan lebih.

4)Jika suami pengasuh seorang smoker, remind la untuk smoke diluar rumah. Anak dibawah umur 2 tahun ni mmg tak ckup imunisasi, senang terkena penyakit. Memang kena tegas sikit bab smoker ni. Pandai2 la discuss dengan pengasuh

5)Hantar seminggu lebih awal sebelum mula bekerja. Boleh la datang tengok2, tengok keadaan anak bersih ke tidak, selesa ke tidak. Kalau tak sesuai sekurang2nya ada masa lagi untuk cari pengasuh yang lain. Kenali pengasuh lebih awal, banyak spend masa dengan pengasuh. Jangan lah ketuk pintu, hantar n bbye. We need time to built trust. So ambil masa.

6)Bagi breastfeed mommy kena tanya pengasuh jika die biasa nak handle EBM. If pengasuh xda experience boleh la ajar. Nampak macam simple je hanlde EBM, tapi kalau telebih panas ke, telebih masa ke EBM akan rosak.

Naluri keibuan itu penting

7) Naluri keibuan tu sangat la penting. Kalau masuk je rumah, tengok muka pengasuh rasa senang je, rasa bahagia je. Means anak kite akan mendapat perasaan yang sama. If rasa gelisah, tak sedap hati boleh KIV dulu dan cari pengasuh lain. Mommy kena lebih positive. Doa yang baik, fikir yang baik, baik la keadaan anak kite

8)Tanya rutin harian pengasuh. Ada yang i tanya, die cakap pagi2 pergi pasar naik motor & die akan bawak anak i pg pasar sekali. Then, i terus pandang husband and buat muka, so husband dah faham proceed dengan yang lain

Ok, tu je tips i setakat ni. Bayaran tu make sure ikut la rate pengasuh. If standard baby dekat kl ni 400-500, ikut la rate tu. Then bila date2 penting macam mothers day ke, kite dapat bonus ke, birthday pengasuh ke, hari raya ke, new year ke bagi la hadiah/sampul bonus. Anggap la pengasuh macam kakak/mak sendiri. Kalau dah janji hantar pukul 8 sampai 6, make sure ambik on time. Kalau lambat inform & bayar OT. Tolerate dengan pengasuh bila die tak sihat ke nak pg vacation ke, mereka juga manusia dan perlukan MC & cuti.

Thank you to mama ani, ibu mala & mak yatie

I doakan anak2 i & anak2 semua career woman out there dapat pengasuh yang baik, syg anak2 kite macam anak sendiri dan sentiasa bibawah lindungan Allah. Amin

Sumber : Nurul Hilaliah Yussof

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×