berita

Pernah Terfikir Nak Design ‘Filter’ IG Sendiri Untuk Wedding Korang? Cuba Kalavera!

December 19th, 2019 | by Shahira
Shout Out!

Siapa dekat sini kaki selfie? Haa…ini berita baik buat korang kaki selfie terutamanya mereka yang suka guna filter. Kalavera ada sediakan filter yang meletop untuk korang cuba dekat Insta Stories. Bukan itu sahaja, Kalavera pun boleh design tau face filter berdasarkan kreativiti korang. Menarik kan?

Filter dalam pelancaran album Zee Avi

Untuk makluman korang, Kalavera merupakan sebuah agensi kreatif yang menggunakan motion graphic dalam kebanyakan filter yang mereka hasilkan.

Apa yang lebih membanggakan apabila filter tersebut digunakan semasa pelancaran album penyanyi popular Zee Avi sehingga telah mendapat 1000 perkongsian dengan memperoleh lebih daripada 500k reaksi tanpa menggunakan sebarang promosi mahupun pemasaran.

Rekaan filter ikut kreativiti

Sementara itu, Kalavera turut memenuhi keperluan pengguna dengan menggunakan dua transaksi komersial iaitu business-to-business (B2B) dan business-to-consumer (B2C). Bukan itu sahaja, Kalavera turut memberi tumpuan kepada majlis perkahwinan dan private party dengan meletakkan idea dan kreativiti photo booth tersebut kepada pengguna.

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan antaranya ialah Corporate Packages dan Wedding Packages. Apa yang uniknya dalam setiap pakej yang ditawarkan itu terdapat beberapa pilihan bilangan filter mengikut bajet korang. Serendah RM2000 je korang boleh dapatkan filter yang lawa-lawa di hari perkahwinan korang nanti!

Jadi kalau korang nak ada filter sendiri dan abadikan sebagai kenangan sempena majlis perkahwinan korang boleh lah gunakan pelbagai koleksi filter dari Kalavera. Yang menariknya korang bebas untuk membuat rekaan filter sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi Kalavera di https://www.thekalavera.com/ atau di laman Instagram @thekalavera

SKIP THIS AD ×