berita

Pernah Terima RM19.90, Najua P Ramlee Tak Kisah Mengenai Wang Royalti

February 22nd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Najua P Ramlee, memberitahu dia tidak meletakkan sebarang harapan terhadap tempoh royalti karya agung datuknya.

Bakal tamat tahun ini

Menurut Najua, dia keberatan untuk mengulas perkara itu kerana berasa ia adalah perkara sensitif untuk dibincangkan kerana bimbang ada hati yang akan terluka.

Bila isu tempoh wang royalti 50 tahun bakal berakhir, ramai menghubungi bertanyakan reaksi saya mengenainya, namun saya tidak memberi apa-apa komen. Saya memang tak tahu nak jawab apa. Bagi saya, jika dilanjutkan, silakan. Kalau tak berjaya, tidak mengapa. Saya tak terkesan pun.

Tambah Najua, urusan pengagihan royalti dibuat mengikut kaedah faraid dan jumlah yang diterimanya juga tidak banyak selepas diagihkan kepada lapan waris termasuk bapa saudaranya, Sazali.

Selepas arwah bapa meninggal dunia, Amanah Raya Berhad memberi mandat untuk saya menguruskan royalti ini. Jadi, sebanyak 50 peratus wang royalti yang diterima, saya serahkan kepada Uncle Sazali, manakala bakinya diagihkan kepada adik-beradik lain.

Sebagai anak perempuan, jumlah yang diterima tak banyak mengikut faraid. Pernah berlaku wang royalti diterima hanya RM19.90. Apabila lihat dalam akaun, saya sangka itu adalah wang hibah insuran, tetapi rupa-rupanya royalti arwah datuk. Bila kenang semula, rasa lucu pula. Disebabkan itu, saya tidak mengharapkan sangat.

Tak kisah mengenai wang royalti

Ujar Najua lagi, dia tidak boleh menolak, apatah lagi menjadi waris yang dilantik oleh Amanah Raya untuk menguruskan pengagihan royalti.

Jika saya menolak, semua waris lain tidak akan dapat wang royalti. Jadi, saya tidak mahu waris lain susah kerana saya tahu mereka sangat memerlukan wang royalti ini. Jujurnya, saya tidak kisah mengenai wang royalti. Ini adalah duit arwah (P Ramlee), kami hanya menumpang rezekinya.

Terdahulu, Sazali P Ramlee merayu agar bayaran wang royalti bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) yang bakal tamat diteruskan untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×