berita

Pernah Viral Menang Naik Juara Asia’s Got Talent, ‘Human Calculator’ Terbit Komik Matematik Menarik!

February 3rd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Masihkan anda ingat dengan ‘Human Calculator’ iaitu Yaashwin Sarawanan yang berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan akhir pencarian bakat Asia’s Got Talent musim ketiga. Remaja berusia 15 tahun itu bukan sahaja memukau juri dengan kepintarannya, namun berjaya menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Artikel Berkaitan : ‘Human Calculator’ Banggakan Malaysia, Raih Tempat Kedua Asia’s Got Talent 2019

Terbaru, beliau ada menerbitkan sebuah komik di mana beliau mengajar teknik yang digunakan untuk mengira sepantas kalkulator. Buku ni dibuat khas untuk kanak-kanak dan remaja kerana dibuat dalam bentuk komik bagi menarik minat membaca.

Keluarkan komik matematik

Mengimbas kembali kemenangan Yaashwin Sarawanan, bakat yang ditonjolkan berjaya mengagumi ramai penonton dengan kebijaksanaan dan kehebatan. Bayangkan pengiraan matematik mampu diselesaikan dengan begitu cepat berbanding kalkulator. Tidak hairanlah kalau beliau digelar  ‘Human Calculator‘ Malaysia!

Komik yang diterbitkan oleh ‘Human Calculator’ ini adalah bagi membantu remaja-remaja di luar sana ingin mengira sepantas kalkulator. Buku ini merupakan formula daripada beliau dan komik pertama yang dilihat sangat berilmu sehingga penceramah bebas Akhir Fairuz turut menggalakkan ramai membeli.

Berhibur sambil belajar

Komik ini tidak dipenuhi dengan nombor namun ianya disusun menjadi sebuah penceritaan dengan setiap muka surat dimuatkan dengan grafik – grafik comel! Malah, komik ini turut menceritakan asas – asas pengiraan cepat dengan cukup baik, amat sesuai untuk pemula. Diajar cara gunakan abakus dan jari untuk mengira cepat.

Buku asas pengiraan cepat ini boleh dikatakan amat sesuai buat pelajar kerana ianya mudah difahami dalam menguasai pengiraan secara pantas. Jika anda berminat untuk membelikan untuk anak-anak, lebih-lebih lagi di musim pandemik ini. Bolehlah membeli di sini.

Sumber : Akhir Fairuz

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×