berita

‘Perniagaan Papa Nampaknya Makin Kukuh’ – Reaksi Lucu Netizen Bila Mustapha Kamal Dianugerah Datuk

November 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Peminat drama Melayu pastinya mengenali pelakon legend Mustapha Kamal yang sering melakonkan watak sebagai Datuk. Ternyata, lakonan yang dibawa Mustapha itu kini menjadi realiti selepas dia dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) yang membawa gelaran Datuk Paduka sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan baru-baru ini.

Anugerah yang diterima pelakon itu tanpa disangka-sangka telah mencuri perhatian netizen di laman media sosial hingga ke hari ini.

Tahniah Datuk

Seorang pengguna dari laman Twitter JarrNadjmuddean pada mulanya berkongsi kejayaan yang diraih Mustapha itu.

Individu itu memuat naik satu posting lucu apabila dia mengucapkan tahniah kepada pelakon tersebut di samping turut ‘mendoakan’ kejayaan ‘syarikat Megah Holding’ yang dilihat sebati dengan Mustapha di dalam kebanyakan drama.

Reaksi Netizen

Tweet yang dibuat individu itu telah menjadi viral dan mendapat lebih dari 6k rt dan 4.7 tanda suka.

Ramai dari kalangan netizen turut memberikan komen yang menghiburkan apabila mereka bersama-sama melakonkan watak yang sering dimainkan Mustapha di dalam drama.

Tidak kurang ada juga yang sempat mengucapkan tahniah kepada Mustapha atas anugerah yang diterima olehnya itu.

Bersyukur

Sementara itu Mustapha menerusi laman Facebooknya melahirkan rasa syukurnya apabila menerima anugerah berkenaan.

Merafak sembah setinggi-setinggi tahniah kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi.

Patik dan seluruh rakyat jelata mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuanku dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta bahagia dunia dan akhirat.

Di ruangan komen, Mustapha sempat berpesan kepada pengikutnya bahawa segala setiap harta, kekayaan dan pangkat adalah sementara dan hanya pinjaman dari Allah s.w.t .

Sumber: Twitter JarrNadjmuddean , Facebook Mustapha Kamal

SKIP THIS AD ×