berita

Perniagaan Untung Besar, Nubhan Sewa Limosin RM6,000 Bawa Mak Jenny

September 7th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Penyanyi, Nubhan sekali lagi membuat kejutan kepada ibunya, Badariah Omar, 77, dengan menyewa kereta Limosin.

Artikel berkaitan: Nubhan Buat Kejutan Bawa Mak Naik Helikopter Pusing KL, Hadiah Perniagaan Makin Maju

Mak Jenny naik kereta Limosin

Menerusi perkongsian video di laman media sosial Instagram miliknya, Nubhan pada mulanya berpura-pura terpaksa menempah Grab selepas kereta yang dinaiki mereka rosak. Tidak lama selepas itu, sebuah kereta limosin berhenti di hadapan pondok hentian bas sehingga membuatkan ibunya terkejut.

Tiba di sebuah resort, Nubhan membuat kejutan kepada ibunya dengan mengumumkan jualan peniagaan sambal milik mereka telah mencecah 5 juta.

Hadiah atas kejayaan berniaga sambal semalam setahun

Memetik laporan Harian Metro, Nubhan berkata dia menempah limosin tersebut untuk beberapa jam sahaja untuk membuat kejutan.

Saya sewa RM6,000 selama beberapa jam saja. Lebih mahal dari naik helikopter tempoh hari. Tapi demi mak tidak mengapa. Disebabkan mak jugalah saya dapat naik limosin dan helikopter. Pendek kata, kita kongsi rezek

Bercerita lebih lanjut, Nubhan sudah merancang untuk membawa ibunya melancong ke Turki pula.

Selepas ini nak bawa mak ke Turki. Dia nak tengok bunga tulip. Itu adalah permintaan yang belum saya tunaikan. Jadi, kena tunggu musim bunga baru boleh pergi.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×