berita

Peroleh RM2 Juta Hasil Tagih Simpati Orang Ramai, Wanita ‘Penipu’ Hanya Perlu Bayar Denda RM26

June 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: The Sun

Siapa sangka seorang wanita di London dipercayai berjaya mengaut keuntungan berpuluh-puluh ribu pound hasil daripada derma orang ramai berikutan dia mendakwa dirinya menghidap kanser. Bagaimanapun, wanita bertuah ini hanya diperintahkan untuk membayar denda sebanyak sebanyak £5 (anggaran RM26).

Kaut keuntungan tinggi

Foto: The Sun

Menerusi laporan antarabangsa, wanita yang dikenali sebagai Nicole Elkabbas dikatakan menggunakan gambarnya selepas menjalani pembedahan membuang batu karang dalam laman pengumpulan dana yang mendakwa dia menghidap kanser ovari.

Susulan daripada itu, Elkabbas telah menjalani hukuman penjara selama dua tahun sembilan bulan pada tahun lalu berikutan didapati bersalah menipu dalam kes pengumpulan dana secara dalam talian. Bercerita lebih lanjut, satu rayuan palsu di halaman berkenaan mendakwa wanita ini perlu menjalani rawatan nyawa bagi kanser ovari dan berjaya mengumpul lebih £52,000 (anggaran RM280,739).

Apa yang lebih mengejutkan lagi, apabila duit tersebut dibelanjakan bagi percutian mewah di luar negara dan memenuhi ketagihannya terhadap aktiviti perjudian.

Hanya perlu bayar denda murah

Dalam pada itu, penyiasat kes mendedahkan wanita ini berjaya mendapat wang terkumpul sebanyak £360,000 (anggaran RM1.9 juta) melalui aktiviti yang dilakukan olehnya.

Namun, pihak mahkamah mengarahkan dia untuk membayar £5 (anggaran RM26) dalam tempoh 28 hari akan datang berikutan dia tidak mempunyai aset atau apa-apa prospek realistik bagi membayar semula wang berkenaan.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×