berita

Perompak Bakar Sekolah Untuk Tutup Jenayah Rompak RM61

August 25th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang perompak yang terdesak ingin menutup jenayah rompakan yang hanya mengambil wang 500 baht (RM61.86) bertindak membakar sebuah sekolah di Buriram, Thailand, lapor The Thaiger.

Tinggal nota pelik

Suspek membakar Sekolah Kuil Wat Kok Charoen, pada Jumaat, kemudian meninggalkan satu nota pelik.

Saya sayang Perdana Menteri. Saya minta maaf, saya perlukan wang.

Ketua Polis Daerah Phlapphla Chai berkata, mereka menerima laporan kebakaran di sekolah itu, kemudian polis dan bomba dikerah ke lokasi kejadian.

Ketika tiba di lokasi, mereka mendapati sebuah bangunan yang penuh dengan peralatan dan perabot sekolah termasuk sebuah tong minyak telah terbakar.

Anggota bomba bertungkus-lumus dalam operasi memadamkan api agar tidak merebak ke bangunan lain di sekolah itu, dan berjaya dalam masa sejam.

Bangunan sekolah yang dibakar itu rosak teruk dan memerlukan pembinaan semula secara keseluruhan ekoran lantai dan dinding yang perlu diganti, selain semua perabot musnah.

Kamera keselamatan yang dipasang di bangunan tersebut telah dipusingkan bagi mengelak daripada merakamkan kejadian berkenaan, manakala dua lagi kamera di sekolah itu dialihkan sepenuhnya dan dibakar.

Beberapa kunci utama yang boleh membuka semua meja guru di sekolah itu ditemui dan suspek didakwa mencari wang dan barang berharga. Namun, hanya mengambil wang tunai 500 baht.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×