berita

Persembahan Nyanyian Kurang Menyengat, Taufik Tersingkir Gara-Gara Pakaian?

November 19th, 2018 | by Amat
Shout Out!

Minggu pengenalan telah menyaksikan pemilihan dua protege dari setiap mentor termasuk Aizat Amdan, Datuk Syafinaz, Siti Nordiana dan Hafiz Suip. Minggu ini 8 protege dari setiap mentor berentap di atas pentas yang penuh realiti dan mencabar.

Artikel berkaitan: Akhirnya 8 Protege Paling Berbakat Dipilih Untuk ‘Battle’ Minggu Depan Di Mentor 7, Siapa Favourite Korang?

Pembukaan konsert minggu pertama ini memperlihatkan nasib tidak menyebelahi Taufiq, protege kepada mentor Siti Nordiana yang diumumkan tersingkir daripada saingan. Persembahan Fantasia Musim Cinta nyanyian Taufiq ternyata mengecewakan juri tetap Mas Idayu dan Datuk Wah Idris.

Perbezaan hanya satu markah

Protege Taufik terpaksa akur dengan penyingkiran pada minggu pertama apabila berada di kedudukan dua terbawah. Perbezaan markah hanya satu mata dibelakang Amal (39 markah) manakala Taufik hanya memperolehi 38 markah saja telah menyebabkan dia gagal melangkah ke minggu seterusnya.

Walaubagaimanapun, segelintir netizen kurang bersetuju dengan penyingkiran Taufik pada konsert pertama ini. Rata-rata menyifatkan protege kepada Siti Nordiana ini belum selesa untuk menguasai pentas dan tidak adil untuk disingkirkan.

Pakaian pun tak kena

Ramai yang terkejut apabila juri tetap Datuk Wah Idris mengumumkan penyingkiran Taufiq pada minggu pertama. Jarang sekali berlaku penyingkiran pada minggu pertama ini. Namun, disinilah pentas realiti bermula.

Menurut Datuk Wah Idris, nyanyian lagu Fantasia Musim Cinta kurang menyengat apabila terdapat beberapa notes yang gagal dicapai. Pakaian yang dikenakan Taufiq juga kurang bersesuaian dengan persembahan lagu ini.

Suara very normal. Your voice very okay but very normal. Pitching is quite bad certain part of the song. Pakaian pun tak kena dengan lagunya.

Sementara itu, Mas Idayu lantang melontarkan kritikan terhadap persembahan nyanyian Taufik ini. Dia juga menyifatkan pakaian yang dikenakan Taufik juga tidak sesuai dengan gaya persembahannya.

Penyingkiran Taufiq

Penyingkiran minggu pertama jarang berlaku

Buat anda yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor 7 di rumah, anda juga boleh saksikan menerusi portal tonton www.tonton.com.my. Saksikan juga aktiviti protege kegemaran anda di Jurnal Mentor setiap hari Ahad, jam 6.00 petang. Jangan gunakan tanda pagar #Mentor7 untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial anda.

Jangan lupa hantar undian anda di laman web www.xtra.com.my untuk menyokong peserta kegemaran pada setiap minggu. Siapa agaknya akan bergelar Juara Mentor musim ke 7 ini?

SKIP THIS AD ×