berita

Persenda Azan & Ayat Suci Al-Quran Ketika Sahut Cabaran ‘Makan Pedas’, Tiga Pemuda Tampil Mohon Maaf

June 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan tiga orang lelaki sedang mempersenda azan dan ayat suci al-Quran ketika makan dan santai di sebuah kediaman.

Berikutan daripada penularan video tersebut, ketiga-tiga individu berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini.

Tampil membuat permohonan maaf

Saya tiada niat perli umat Islam. Dalam video itu saya tidak boleh menahan kepedasan apabila kami mengadakan cabaran makan pedas lalu saya letak kedua-dua tangan di telinga dan pada masa itu kawan saya suruh saya mengulanginya sambil merakam video. Saya melafazkan ayat yang memang tidak sepatutnya. Saya kecewa atas apa yang berlakunya dalam video tersebut. Saya memohon maaf di atas kesilapan kami dan berjanji tidak mengulanginya lagi.

Menerusi Youtube Seram Sejuk, ketiga-tiga individu tersebut telah mengaku salah dan berharap seluruh umat Islam di Malaysia dapat memaafkan diri mereka. Menurut salah seorang pemuda yang dikenali sebagai Ruban, dia kecewa atas apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Hormat semua agama di Malaysia

Sementara itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Brandon Eng pula memberitahu bahawa dia merupakan individu yang merakam video tersebut. Jelasnya, dia merakam video itu untuk tujuan ‘main-main’ dan tidak tahu ia sesuatu yang serius.

Saya sepatutnya tidak boleh melafazkan ayat tersebut. Tolong maafkan kami dan kami tidak akan melakukan perbuatan seperti ini selepas ini.

Manakala, seorang lagi rakan mereka meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam rakaman video tersebut. Ujar lelaki yang dikenali sebagai Ryan, mereka sangat menghormati dan mencintai semua agama di negara ini. Oleh itu, mereka meminta maaf dengan sepenuh hati.

Terdahulu, perbuatan ketiga-tiga individu tersebut telah menerima kecaman daripada netizen yang mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka di atas dakwaan menghina Islam.

Sumber: Seram Sejuk

SKIP THIS AD ×