berita

Persoal Status Anak Abam, ‘Pakcik’ Ini Datang Dari Terengganu Minta Maaf…Ini Respon Abam!

June 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa seorang pengguna Facebook telah meninggalkan komen biadap terhadap perkongsian Abam Bocey mengenai kelahiran zuriatnya. Lelaki yang dikenali sebagai Lau Kok Chan itu meminta pelawak tersebut menjalankan ujian DNA bagi mengenalpasti status bayinya.

Ekoran daripada komen tersebut, Abam mahu berjumpa dan bersemuka dengan lelaki tersebut. Menurutnya, komen yang ditinggalkan adalah satu penghinaan yang dahsyat. Terbaru menerusi laporan Harian Metro, lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah bersemuka dengan Abam di rumahnya.

Semuanya sudah selesai

Menurut Abam, lelaki tersebut sanggup datang dari Kuala Berang, Terengganu, untuk berjumpa dan bersemuka dengannya. Melalui pertemuan tersebut, isu yang terjalin sudahpun selesai dan mereka berdua sudah berbaik. Tambahnya, dia meminta netizen untuk tidak marah-marah lagi kepada lelaki itu.

Untuk saya, sudah selesai. Orang datang cara baik ke rumah, kita sambutlah dengan baik juga. Alhamdulillah, syukur. Dia sanggup datang dari Kuala Berang untuk berjumpa saya. Saya doakan pakcik itu selamat kembali ke Terengganu. Di antara kami, sudah tak ada apa-apa lagi.

Perbincangan dilakukan secara muafakat

Perbincangan yang dilakukan secara muafakat bersama lelaki itu disaksikan sendiri oleh ahli keluarga Abam. Namun, Abam enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perjumpaan mereka kerana dianggap sudah selesai.

Sejak isu komen penghinaan ke atas Abam itu hangat diperkatakan, usaha untuk menjejaki individu tersebut giat dilakukan sehingga maklumat berkaitan lelaki tersebut berjaya diperolehi rakan-rakannnya. Abam mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Jumaat lalu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×