Sebut sahaja nama Sharifah Amani, pasti semua orang sudah mengenali dengan pelakon kecil molek yang sangat berbakat ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, Sharifah Amani juga merupakan salah seorang artis yang sangat lantang bersuara dalam memberi pandangan di media sosial terutamanya di Twitter.
Terbaru, Sharifah Amani menerusi akaun Twitternya ada meluahkan rasa terkilan terhadap penangkapan seorang selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh yang dipercayai telah menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.
‘Bebaskan Patrick Teoh’
Menerusi tweet yang dikongsikan Sharifah Amani atau lebih mesra dengan panggilan Nani mempersoalkan mengapa pihak polis membawa Patrick Teoh keluar daripada rumahnya lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.
Tambahnya lagi, dengan usia Patrick yang kini mencecah 73 tahun yang juga boleh diklasifikasikan sebagai warga emas, dia tidak sepatutnya dilayan seperti seorang penjenayah.
Patrick berumur 73 tahun. Kenapa anda memperlakukan lelaki tua ini seperti penjenayah? Bawa dia dari rumahnya yang selamat semasa pandemik?
Mengikut peruntukan undang-undang
Perkongsian Nani itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan pendapat pelakon berbakat ini. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang turut ‘sekolahkan’ Nani dengan memberitahu dia tidak sepatutnya masuk campur dalam bidang tugas polis dan kes ini juga berada di bawah proses perundangan.
Itu proses perundangan
Sumber: Sharifah Amani