berita

Pertama Di Malaysia, Pilihan Raya McDonald’s 2019 Ini Bikin Netizen Teruja!

June 17th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Selamat Hari Raya semuanya! Admin harap raya korang tahun ni betul-betul meriah dan luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagi yang sudah mula bekerja, tak usah hilangkan lagi mood raya tu. Masih relevan kalau korang nak berbaju raya dan bawa juadah raya ke pejabat. Raya kan sebulan.

Tapi dalam artikel kali ini, admin bukan nak bercerita tentang raya Aidilfitri lagi tau. Admin sebenarnya nak kongsi dengan korang tentang satu-satunya pilihan raya yang unik dan paling menarik untuk korang ikut serta tahun 2019 ini. Apa yang best, semua orang pun layak untuk mengundi.

Saingan sengit, ini antara calon yang bakal berentap

Apa yang menarik pasal pilihan raya ini ialah, calon-calon yang bertanding sebenarnya terdiri daripada 3 menu McDonald’s kegemaran rakyat Malaysia. Pendek kata korang actually kena undi dan pilih makanan yang korang suka je.

Setelah itu, calon yang berjaya menang dalam pilihan raya ini bakal diangkat sebagai hidangan No.1 McDonald’s tahun ini dan korang pulak akan dapat manfaat daripada kemenangan tersebut. Ala… nama pun pilihan raya, mesti la ada benefit untuk pengundi kan! Berikut adalah antara calon yang bertanding.

CALON 1 : McChicken

McChicken mempunyai pengalaman lebih 35 tahun sebagai salah satu menu terbaik pilihan rakyat Malaysia. Sehingga kini, ramai yang masih yakin dengan kemampuan McChicken untuk terus memegang gelaran sebagai menu No.1 di McDonald’s .

CALON 2 : Double Cheeseburger

Double Cheeseburger boleh dikatakan banyak membawa pembaharuan di McDonald’s . Mereka yang jemu dengan menu berasaskan ayam banyak berubah arah memilih hidangan kepingan daging lembu lazat dalam Double Cheeseburger.

CALON 3 : Ayam Goreng McD

Menu ini antara yang menjadi fenomena dan kegilaan rakyat Malaysia sejak 2017 yang lalu. Nampaknya tahun ini Ayam Goreng McD cuba berentap dan mahu merebut gelaran menu terbaik No. 1 di McDonald’s .

Manifesto ‘mereka’ bukan biasa-biasa weh!

Mood pilihan raya korang akan lagi onz sebab ketiga-tiga calon ini juga tampil dengan manifesto dan janji mereka yang tersendiri. Apa yang pasti, korang kena pilih calon yang betul-betul boleh membawa keuntungan kepada kita rakyat jelata tau! Jom kita tengok mana satu tawaran yang best dan kita patut undi.

McChicken

  • McChicken memang sekian lama menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana terkenal dengan harganya yang sangat murah dan berpatutan. Jadi, McChicken akan terus membuktikan kemampuannya untuk memenangi hati rakyat Malaysia dengan menurunkan lagi harga menunya.
  • Berita gembira! Harga McChicken Meal turun kepada RM8.99 sepanjang tempoh pilihan raya ini. Ini salah satu inisiatif terbaik beliau untuk memastikan rakyat Malaysia turun mengundi!
  • Paling best, jika McChicken menang pilihan raya ini, korang juga boleh enjoy 2 hidangan McChicken dengan harga hanya RM5 je sepanjang minggu!

Double Cheeseburger

  • Melalui kempennya, beliau dikatakan akan kembali memperkenalkan semula hidangan popular Quarter Pounder dengan Keju yang sentiasa menjadi sebutan dan permintaan oleh warga media sosial.
  • Bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia, beliau juga menjanjikan menu Quarter Pounder dengan Keju akan disenaraikan sebagai menu kekal di McDonald’s  kelak. Bestnya!
  • Apa yang pasti, rakyat Malaysia juga boleh enjoy 50% diskaun untuk menu Double Cheeseburger jika beliau terpilih dan menang besar dalam pilihan raya nanti.

Ayam Goreng McD

  • Walaupun kemunculannya boleh dikatakan masih baharu di McDonald’s , Ayam Goreng McD nampaknya cuba membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau juga memahami keperluan rakyat Malaysia.
  • Dalam keadaan ekonomi yang mendesak dan harga barangan keperluan sedang meningkat naik, Ayam Goreng McD ambil inisiatif menarik untuk turunkan harga menunya kepada RM13.99 sahaja sepanjang tempoh pilihan raya ini!
  • Jika beliau menang dalam pilihan raya nanti, beliau turut menjanjikan rakyat Malaysia boleh membeli hidangan Ayam Goreng McD dengan tawaran hebat Beli 1 Percuma 1 tau!

Jom undi calon pilihan anda!

Memandangkan ketiga-tiga calon kita dah bertungkus lumus menawarkan janji serta manifesto kempen pilihan raya yang cukup best. Admin sarankan korang untuk segera mengundi mereka selama tempoh lebih kurang dua minggu ini.

Cara nak mengundi senang je, korang hanya perlu kunjungi cawangan McDonald’s  berhampiran dan beli menu yang menjadi pilihan korang. Nak lagi senang, korang juga boleh order terus melalui Drive-Thru atau McDelivery. Alah, macam tak biasa pulak hehe.

Setiap 1 pembelian bermakna korang dah beri 1 undi kepada calon pilihan tersebut. Lebih banyak korang beli, lebih banyaklah undian yang diterima. Nak lagi best korang ajak je keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama support!

Tempoh Pilihan Raya McDonald’s: 13 – 26 Jun 2019
Lokasi Pusat Mengundi: McDonald’s Seluruh Malaysia

Jadi, korang rasa calon mana yang akan menang dalam pilihan raya McDonald’s 2019 ni? Kalau korang nak tahu siapa yang dipilih oleh rakyat Malaysia dalam pilihan raya ni nanti, korang kena tunggu keputusan pilihan raya diumumkan oleh McDonald’s pada 27 Jun 2019 nanti.

Sebarang maklumat lanjut tentang pilihan raya yang unik lagi melazatkan ini, korang boleh layari laman sesawang McDonald’s sekarang!

SKIP THIS AD ×