berita

Pertama Kali KITKAT Lancar Perisa Popcorn Edisi Terhad, Kini Rakyat Malaysia Gilakannya!

June 22nd, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Siapa kat sini suka makan popcorn? Admin kalau stress, mata penat tenung laptop lama-lama (sebenarnya kering idea, kahkah), admin kena rehat. Jadi, admin akan cari kudap-kudap macam popcorn, biskut, coklat dan sebagainya. Kalau korang macam tu jugak, kita geng!

Kalau korang nak tau, makan popcorn sekarang tak payah susah-susah pergi pasar malam atau ke panggung wayang semata-mata untuk makan popcorn. Sebab apa, sekarang popcorn dah boleh didapati dalam bentuk coklat tau!

Cakap pasal coklat, korang tau tak jenama KITKAT nak keluarkan perisa baru? Perisa baru ni bukan perisa biasa-biasa tau, tapi, memang lain dari yang lain dan belum ada jenama coklat macam KITKAT keluarkan perisa macam ni!

Gabungan rasa manis, masin lalu disaluti coklat yang padu!

Bersempena Hari Coklat Sedunia, jenama coklat KITKAT keluaran Nestlé melancarkan perisa baru yang unik apabila menggabungkan rasa manis dan masin lalu disaluti coklat di antara wafer yang rangup. Memperkenalkan, KITKAT Popcorn!

Betul, admin tak main-main! Perisa popcorn yang disaluti salted caramel macam korang makan dekat wayang tu kini boleh didapati pada coklat KITKAT! Tak perlu ke wayang lagi kalau nak rasa kemanisan popcorn tu lepas ni, dapatkan KITKAT je!

Perisa baru KITKAT Popcorn ini merupakan kombinasi rasa manis dan masin dalam coklat susu yang halus, dilapisi oleh empingan karamel yang wangi lalu dilengkapi lapisan wafer rangup dengan praline salted caramel.

Hanya boleh didapati dalam tempoh yang terhad

Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja

Menurut sumber yang admin dapat, KITKAT Popcorn ni sudah dilancarkan pada 20 Jun lalu dan hanya boleh didapati dalam tempoh terhad iaitu sehingga Ogos depan saja! Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan KITKAT Popcorn sekarang di pasaraya berhampiran!

KITKAT Popcorn ni dijual dalam pek kecil yang mengandungi 2 bar coklat di dalamnya yang berharga RM1.50*. Manakala, terdapat juga pek kongsi yang mengandungi 5 pek kecil, masing-masing mengandungi 2 bar coklat di dalamnya yang berharga RM6.50*Not bad kan harga dia?

Untuk maklumat lanjut tentang KITKAT Popcorn ni, korang boleh check out Facebook KitKat Malaysia. Berehat Sebentar, Bersama-sama KITKAT?

* Harga jualan yang disyorkan

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×