berita

Pertama Kali Masak Sotong Kembang, Sotong ‘Hilang’ Dalam Pressure Cooker

March 29th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Nak masak sotong, sotong hilang! Menerusi perkongsian wanita bernama Norliza Liza di Facebook mengenai hidangan yang ingin dimasak olehnya telah membuatkan ramai netizen geli hati apabila cubaannya untuk membuat sambal tumis sotong tidak menjadi!

Kisah sotong kembang

Menerusi perkongsian di kumpulan Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, wanita terbabit pada mulanya merasa semangat untuk masak sambal sotong kembang memandangkan ini pertama kali dia mencuba resepi itu. Dia memasak sotong kembang tersebut di dalam periuk tekanan tinggi selama beberapa minit memandangkan itu tips yang dikongsi oleh seorang penjual nasi lemak.

‘Semangat cuci dan masukkan sotong’

Selang beberap minit, sotong kembang yang dimasak tadi mengeluarkan bau. Apabila dia membuka periuk tersebut, dia mendapati sotongnya hilang dan hanya tinggal tulangnya sahaja!

Ehhhhh mana pergi sotong nie… sambal dah elok masak… sotong menyorokk..

Walau bagaimanapun, dia tidak puas hati melihat sotongnya hilang lalu dia menuangkan air rebusan sotong tersebut di dalam sinki untuk melihat keadaan sotong kembangnya itu.

Mengenang nasib sotongnya yang sudah lepas, rupa-rupanya wanita tersebut salah memilih tetapan pada periuk tekanan tinggi. Dia tertekan untuk memasak daging kerana selama ini dia selalu masak daging di dalam periuk tersebut!

Sumber : Norliza Liza

SKIP THIS AD ×