berita

Pertama Kali Muncul Di Kaca TV Selepas Isu Curang, Nissa Sabyan Mengelak Jawab Soal Jodoh

April 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Selepas terpalit dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam rumah tangga rakan sekumpulannya, Ayus Sabyan, kini penyanyi Nissa Sabyan enggan menjawab jika ditanya mengenai soal jodoh.

Artikel berkaitan : Video Usap Perut Viral Di Media Sosial, Nissa Sabyan Didakwa Hamil Pula

Artikel berkaitan : Tak Tahan Lihat Kemesraan Suami Dengan Nissa Sabyan, Isteri Ayus Umum Dah Cerai

Artikel berkaitan : ‘Hubungan Telah Diketahui Isteri Sejak 2019 Tapi…’ – Ayus Sabyan Akui Silap & Mohon Maaf

Setelah sekian lama tidak mendengar khabar mengenai Nissa Sabyan dan Ayus, akhirnya mereka muncul di khalayak orang ramai buat pertama kali di program tv saluran Indosiar.

Masih belum mempunyai teman lelaki

Persembahan tersebut turut diiringi oleh ahli kumpulan mereka termasuklah pemain keyboard, Ayus yang pernah dikaitkan dengan Nissa sehingga menyebabkan rumah tangganya runtuh.

Walaupun mereka sudah muncul semula di kaca tv, namun Nissa dan Ayus tetap enggan menceritakan mengenai kehidupan peribadi mereka.

Ketika ditanya mengenai dirinya sudah berpunya ataupun tidak oleh hos program Irfan Hakim di belakang tabir, Nissa telah mengakui bahawa dirinya masih lagi solo.

Belum memikirkannya. Masih belum mempunyai teman lelaki.

Tak percaya tidak mempunyai kekasih

Walau bagaimanapun, Irfan Hakim seperti tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Nissa kerana dia menganggap bahawa wanita seperti Nissa tidak mungkin tidak mempunyai kekasih atau lelaki yang ingin mendekatinya.

Nissa mengakui yang dia belum memikir soal ingin mempunyai kekasih hati kerana dia ingin enjoy dengan kerjaya muziknya dahulu.

Serius. Tak tahu tapi masih belum berfikir sampai kesitu lagi tapi masih ingin enjoy dengan kerjaya muzik terlebih dahulu.

Enggan jawab soal jodoh

Akibuat tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Nissa, kemudiannya Irfan Hakim terus menanyakan soalan berkenaan kriteria pasangan yang Nissa mahukan.

Namun penyanyi lagu Ya Maulana ini enggan memberikan sebarang komen mengenai soalan berkenaan.

Tidak perlu bercakap soal jodoh ya.

Sumber : Liputan6

SKIP THIS AD ×