berita

Pertama Kali Tercalon, Teater Juta-Juta Kalahkan Karya Nam Ron Dalam BOH Cameronian Arts Awards (11BCAA)

April 28th, 2014 | by Ai
Kini Trending

teater juta juta kini 3d (5)

Siapa sangka, pencalonan pertama kali produksi penerbitan teater, MASK Team dalam Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 tahun ini membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Biarpun tidak memenangi kesemua 9 pencalonan bagi kategori Teater, namun Pengarah Urusan MASK Team, Shawn Amer tetap bersyukur dengan kemenangan yang tidak dijangka ini.

Saya sangat teruja untuk pertama kali penyertaan MASK Team dalam Boh Cameronian Awards. Kami mendapat 9 pencalonan, 3 daripada Juta-Juta dan enam daripada Maduku Kalut, itu sudah memberi kemenangan kepada produksi kami.

Tapi pada malam kemuncak ini, kita ada 3 anugerah besar untuk Best Director, Best Original Script dengan Best Group Perfomance. Itu sesuatu yang mengejutkan kami sebab banyak kumpulan yang hebat-hebat.

Untuk pengetahuan anda, Nam Ron yang sememangnya bukan nama asing dalam industri teater juga tercalon dalam kategori berkenaan namun kalah kepada Fasyali Fadzly daripada MASK Team.

Theatre-Category-Nomineesresize

Bagaimanapun, pelakon hebat Sofia Jane berjaya merangkul anugerah Pelakon Utama Terbaik sebagai Bulan dalam naskhah Nam Ron berjudul Teater Kompilasi Nam Ron.

Manakala, Aqasha yang juga pertama kali tercalon di dalam 11BCAA juga berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik menerusi karya Teater Kompilasi Nam Ron.

Anugerah Seni BOH Cemeronian yang ke-11 telah berlangsung malam tadi di Stadium Negara dengan menyuntik kenangan pada era 60-an sebagai tema.

Anugerah ini juga dilihat sebagai tribut kepada legenda-legenda tanah air yang pernah memperjuangkan seni tempatan antaranya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, mendiang Datuk Krishen Jit dan Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang.

SKIP THIS AD ×