Majlis sidang media TikTok Awards Malaysia 2023 baru sahaja melabuhkan tirai pada malam Selasa dengan memperkenalkan tujuh hos terkenal yang berbakat besar iaitu Izzue Islam, Sherry Alhadad, Amelia Henderson, Sissy Imann, Ceddy, Jaa Suzuran dan Neeta Manis.
Anugerah berprestij bakal cipta sejarah
TikTok Awards Malaysia 2023 yang buat julung kalinya dianjurkan di Malaysia bakal menjadi acara tahunan untuk menghimpunkan yang terbaik dalam arena penciptaan konten.
Malah, TikTok Awards ini juga bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat yang berani mencabar batasan kreatif, menjadi sumber inspirasi kepada komuniti, dan mencorak industri penciptaan kandungan.
Yin Yin Hooi iaitu Ketua Pemasaran dan Operasi TikTok Malaysia akui pihaknya tidak sabar untuk membawakan anugerah berprestij TikTok Awards ini kepada warga Malaysia.
Tema ‘Yang Gah di Skrin Kecil’ mendemonstrasikan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta kita menggandakan dan mempersembahkan kejayaan mereka di atas pentas besar.
Sementara itu, Puan Nini Yusof iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata, TV3 teruja dapat bekerjasama dengan TikTok untuk menganjurkan TikTok Awards pertama di Malaysia.
Anugerah global ini juga membuka peluang kepada peminat untuk menyokong pencipta kandungan kegemaran mereka dan meraikan yang terbaik dalam komuniti TikTok.
Para peminat boleh mengundi pencipta kegemaran!
TikTok Awards Malaysia dibahagikan kepada Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice). Bagi Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif.
Manakala Pilihan Popular, TikTok akan membuka undian untuk orang awam. Para peminat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengundi pencipta kegemaran mereka bermula 15 hingga 26 Ogos 2023 di laman sesawang berikut https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/
TikTok juga akan menyampaikan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards) kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dari sudut gaya dan originaliti. Setelah disenarai pendek oleh panel juri, orang awam berpeluang untuk memilih peserta dengan busana terbaik bagi malam tersebut.
Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.
TikTok Awards Malaysia turut menyajikan persembahan hebat daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Ernie Zakri dan ramai lagi.
TikTok Awards Malaysia 2023 bakal menggegarkan pentas di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2023. Anugerah berprestij ini akan bersiaran secara langsung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia di TikTok pada jam 9:00 malam. Manakala karpet merah pada jam 8.30 malam di TV9.
Muat turun atau lancarkan aplikasi TikTok hari ini untuk mengundi pencipta konten pilihan anda! TikTok disediakan secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.