berita

Pertikai Wartawan Soal Ikan Singgang Didakwa Penawar COVID19, Doktor Pakar Dikecam Pengamal Media

March 10th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Angkara tidak berpuas hati dengan pertanyaan media pada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan berhubung COVID19, seorang doktor telah dihentam teruk oleh pengamal media dan wartawan. Doktor Rafidah yang lantang bersuara di media sosial akhirnya memakan diri kerana mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap media. Hal ini kerana ada wartawan yang bertanyakan soalan berkenaan kesahihan masakan ikan singgang mampu menjadi penawar kepada wabak COVID19 ini.

Bila media nak matang?

Menerusi Twitter Dr Rafidah, dia menyatakan bahawa soalan berkaitan ikan singgang itu tidak sepatutnya ditanya ketika sidang media berkenaan. Baginya, wartawan sendiri perlu menggunakan akal fikiran sebelum menanyakan soalan kepada Ketua Pengarah Kesihatan. Dia turut menyatakan bila media di Malaysia matang dalam melakukan kerjaya.

Masalah bila orang rasa hebat semua benda

Sebelum ini dalam laporan Harian Metro, seorang pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood mengatakan bahawa ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit COVID19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob.

Para pengamal media dan wartawan di Malaysia terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan Dr Rafidah itu. Bagi mereka, soalan yang diajukan itu bagi mendapat kepastian berhubung laporan yang menyatakan bahawa ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit COVID19. Selain itu, wartawan juga berpendapat bahawa seseorang yang berpangkat tinggi seperti Doktor tidak seharusnya merendahkan martabat kerjaya seorang wartawan.

Ingat media bodoh sekali?

Seorang wartawan Astro Awani, Firdaus Azil. turut tidak bersetuju dengan kenyataan doktor tersebut. Baginya bidang kerjaya masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jangan rasa diri seorang yang sangat pakar dalam apa jua bidang. Dia turut menegaskan bahawa media di Malaysia tidak seperti yang dinyatakan.

Hanya pergunakan media

Apa salah media? Media tak boleh bertanya?

Sumber: Harian MetroDr Rafidah, Firdaus Azil

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×