berita

Perubahan Personaliti Jessie J!

August 9th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Mempersonakan dan mengujakan. Itu yang boleh digambarkan tatkala melihat perubahan transformasi pemakaian yang diperagakan oleh Jessie J.

Beliau yang popular dengan lagu ‘do it like a dude’ itu sering tampil ranggi dengan personaliti yang luar biasa kelihatan berbeza pada persembahan baru-baru ini.

Perubahan transformasi pakaian yang dilakukan menyerlahkan personaliti beliau untuk tampak lebih anggun dan bersifat keperempuanan.

Dalam pada itu, Jessie J kelihatan gembira apabila lagu ‘ do it like a dude’ mampu memasuki carta muzik.

Walaubagaimanapun, penyanyi berumur 24 tahun itu tidak mungkin akan meninggalkan gaya lamanya.

Ini kerana beliau masih tampil dengan imej pop tetapi feminin dengan pakaian berkilau dari Vivienne Westwood yang dipadankan dengan kasut Nike pada persembahan pop di Roundhouse London baru-baru ini .

Beliau mengaplikasikan mekap tipis dengan melebihkan di bahagian bayang mata dan menggunakan lipstick yang tidak terlalu cerah.

Penyanyi domino ini juga telah meninggalkan topi ‘black bob’ dan digantikan dengan rambut mengurai panjang mengikut ‘hollywood-style’.

Menurut Jessie J, beliau juga bakal mengubah rona warna rambutnya kepada warna pastel atau plum.

SKIP THIS AD ×