
Perunding kerjaya, Nik Akmal berpendapat gaji minimun yang selayaknya buat ‘fresh graduate’ adalah RM2,000.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pekerja Warga Asing Dedah Gaji Cecah RM5,000 Sebulan, Tak Rancang Pulang Ke Bangladesh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Terkilan Pemegang Ijazah Minta Gaji Rendah, Ganggu Sistem Pendapatan Rakyat Malaysia – ‘Korang Sendiri Rosakkan Pasaran’
Gaji untuk ‘fresh graduate’

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nik Akmal dilihat menjawab pertanyaan ekoran gaji rendah buat lepasan graduan ijazah muda.
Mana-mana graduan ijazah muda di luar sana, dapat tawaran kerja dengan gaji RM1,800, adakah perlu terima atau tidak?
Bank negara keluarkan seorang bujang hidup di Kuala Lumpur adalah RM2,700 untuk gaji wajar.
Jadi, anda fikir-fikirkan lah.
Kalau betul-betul terdesak, sementara waktu sebagai stepping stone, boleh.
Tapi bukan untuk anda selesa.
Untuk saya, kalau kira-kira, RM2,000 adalah gaji minimum buat fresh graduate.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pendapat mengenai ‘fresh graduate’ yang susah diterima berkhidmat ekoran pengalaman kerja yang tidak kukuh. Selain itu, warganet turut bersetuju bahawa gaji kurang daripada RM2,000 sukar untuk meneruskan kehidupan pada ekonomi kini.
Sumber: TikTok @misa.my








