berita

‘Perut Rasa Bengkak’ – Zulin Aziz Selamat Jalani Pembedahan Buang Apendiks & Batu Hempedu

March 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pelakon, Zulin Aziz terpaksa menjalani pembedahan semalam, selepas disahkan menghidap penyakit apendiks dan batu hempedu. Berikutan daripada itu, Zulin memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Takut dan belum bersedia

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zulin mengakui bahawa dia berasa takut dan masih belum bersedia untuk melakukan pembedahan tersebut kerana pada awalnya dia menyangka hanya sakit gastrik.

Salam semua. Sebentar lagi saya akan menjalani pembedahan Appendix & batu hempedu. Doakan saya semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan ya?

Jujurnya saya takut. Tak bersedia, ingat gastrik tapi terus kena masuk bilik bedah. Allahuakbar. Ya Allah panjangkanlah umurku, Permudahkanlah urusan kami, Berikanlah aku kesembuhan dari segala penyakit, Amin Ya Rab Ya Mujib Ya Karim.

Meskipun perasaan takut itu wujud, Zulin dilihat tenang tatkala suaminya, Farhan berada di sisi.

Terbaru, Zulin memaklumkan dia sudah selamat menjalani pembedahan.

Subuh ni perut rasa bengkak. Nak duduk rasa sakit jadi saya baring saja. Masih belum boleh makan. Boleh minum sahaja. Nak diet sangat kan. Lepasni boleh makan benda lembut macam bubur dan roti cicah. Sekarang memang lapar teruk. Semalam makan dua sudu sahaja. Lepas itu saya terus puasa.

Di samping itu, Zulin turut berkongsi beberapa foto selepas selesai menjalani pembedahan.

Sumber: Zulin Aziz

 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×