berita

Pes GoChujang Halal, Ice Cream Pop & 8 Lagi Produk Lokal Yang Korang Boleh Beli Sempena 12.12!

December 11th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Haa, berapa ramai yang tunggu sale besar-besaran seluruh dunia 11.11 atau 12.12? Korang dah masukkan dalam cart ke semua barangan yang korang nak beli? Kalau dah, korang kena go through dulu artikel ni sebab korang mungkin akan bertukar fikiran.

Kalau nak tahu, produk Malaysia semuanya ada! Mungkin korang tak pernah dengar akan kewujudan produk-produk lokal buatan orang kita sendiri ni. Tapi, lepas dah tahu, mesti korang nak yang tu je! Lagi best barangan buatan tempatan sebab pengusaha akan buat mengikut tekak orang Malaysia!

Jom tengok apa yang korang boleh beli untuk 12.12 ni!

1. Madu kelulut original dari Bayu Kelulut!

Botol besar ada, botol kecil ada, untuk pek travel pun ada! Yang paling penting, ianya madu kelulut dari Bayu Kelulut ni memang original! Bukan senang nak dapat madu kelulut original sekarang ni kan? Korang boleh klik dekat sini untuk beli!

Shopee: Bayu Kelulut

Facebook: Bayu Kelulut Official

2. Susu kambing dari AHLAN!

Rata-rata penggemar susu kambing mesti tahu yang ia mempunyai banyak khasiat! Boleh menyihatkan rambut, meningkatkan kesihatan kulit dan macam-macam lagi. Kebaikan susu kambing yang pelbagai ni membuatkan susu kambing sering dicari.

So, kalau korang tercari-cari susu kambing yang berkualiti tinggi, korang tengok produk keluaran AHLAN ni!

Website: AHLAN Susu Kambing

Facebook: AHLAN Susu Kambing

3. Pilihan kopi yang pelbagai, korang mesti suka kopi dari AkifCafe ni!

Sama seperti produk kopi antarabangsa, AkifCafe juga ada pelbagai jenis kopi. Ada kopi O tanpa gula, ada kapucino, hazelnutmocha dan juga latte! Boleh dapatkan segera di Tesco dan Mydin. Untuk info lanjut, korang boleh tengok Facebook mereka disini:

Facebook: AkifCafe

4. Ice lollies kurang manis & berperisa fruity dari PopsMalaya

Sedapnya! Selalu tengok dekat dalam movie, rupanya dekat Malaysia pun ada jugak ice lollies ni! Lagi best sebab tak manis dan tidak menggunakan perisa tiruan! 100% asli dari buah-buahan atau coklat. Korang yang teringin nak rasa ice cream ni boleh usha page mereka dekat sini!

Website: Pops Malaya

Facebook: Pops Malaya

5. Aneka kopi, koko, susu kambing & teh dari BertamBest

Satu jenama, tapi ada macam-macam yang korang boleh beli. Siap ada kopi durian yang korang boleh try tau! Betul-betul Malaysian ni! Berminat?

Klik dekat sini:

Website: Bertambest

Shopee: Bertambest Official Store

Facebook: BertamBest

6. MyAisWater keluarkan alkaline ionize water!

Air mineral asli dari Banjaran Titiwangsa yang tinggi alkaline dan kaya dengan anti-oxidants serta micro-clustered ni pasti buat badan korang segar bugar lepas minum! Siapa sangka Malaysia ada produk air sebegini, power kan? Klik link dibawah untuk info lebih lanjut!

Website: MyAisWater.com

Facebook: MY AIS WATER

7. Sambal gesek, sambal ikan masin nanas, sambal ikan masin power dari Aqena!

Susah nak dapat jenis-jenis sambal rare macam ni kan? Aqena juga ada keluarkan instant cereal halal dengan kurma! Korang boleh borong semua dekat link dibawah ni:

Website: Deanacare.com

Facebook: DaEnacare

8. Pes Korea halal dari OmmaSon akan buat korang rasa seperti makan di Korea!

Ramai yang tercari-cari pes GoChujang halal dekat Malaysia ni kan? Ha, OmmaSon ni bukan je ada pes Gochujang tapi ada jugak Kimchi, Gimbap, sos Bibimbap dan macam-macam lagi! Periuk ramen Korea pun ada tau! Korang boleh feeling-feeling tengok K-drama lepas ni bila dah dapatkan produk ni dekat sini:

Website: OmmaSon

Facebook: OmmaSon

9. Pes rendang, pes rendang cili api, sambal tempoyak, semuanya ada di AuntieTim!

Senanglah korang nak masak lepas ni kan? Kalau rushing, lagi-lagi tengah work from home ni, korang guna je pes-pes yang ada di sini. Memang mudah betullah! Beli bundle pun boleh, boleh jimat lebih lagi.

Klik dekat link dibawah untuk beli!

Website: Auntie Tim

Facebook: Auntie Tim

10. Selalu letih atau nampak lesu? Imperia Asia ada solusinya!

Diperbuat daripada bahan-bahan asli, Imperia Asia ada solusi baik untuk lelaki mahupun wanita. Korang boleh klik dibawah untuk tengok produk-produk mereka yang lain!

Website: Imperia Asia

Facebook: Imperia Asia

So guys, apa lagi? Time pandemik ni, lagi elok kalau kita sama-sama beli barangan kita sendiri ambil bantu untuk meningkatkan kembali ekonomi negara. Produk-produk negara kita tak kurang hebat malah ada yang lagi hebat dari produk luar!

Jadi, sempena 12.12 ni, jom penuhkan cart kita dengan produk barangan Malaysia!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×