berita

‘Setiap Isteri Perlukan Masa Bersendiri’ – Pesanan Buat Para Suami

October 21st, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Memiliki sebuah rumah tangga yang bahagia merupakan impian bagi setiap pasangan. Namun ianya tidak semudah yang disangkakan.

Kadang kala ada saja perkara yang membuatkan mereka rasa seperti terpaksa menanggung beban berseorangan dalam menguruskan rumah tangga. Menerusi Facebook, Seorang isteri, Hazirah Maulana berpesan kepada para suami di luar sana demi memiliki rumah tangga yang bahagia.

Jealous dengan suami

Lunch tadi suami hantar gambar dia makan oden family mart dengan tenang sambil menikmati swimming pool.
.
Aku? Tgh makan jugak tp sambil berhempas pulas layan 3 orang anak. Yang kecik tgh menangis minta didukung , 2 org lagi tgh bergaduh berebut toys. Dah lupa apa itu nikmat makan. 
.
Dalam hati. Ya allah jeles nya dengan suami. Setiap minggu dia outstation jadi setiap minggu dia dapat lari seketika daripada hingar bingar suara anak anak. Nangis, jerit, gaduh mereka.

Walaupun stress tapi masih bersyukur

Tapi aku? All the time dgn anak anak. Kuali periuk belanga kain baju. Kerja yang tak pernah habis. Ada masa stress dan penat datang menjengah.
.
Bila rasa stress dan penat datang, mula lah bende kecik pun nak jadi besar. Mula lah mudah nak naik angin. Anak buat salah sikit jadi isu besar walhal selalunya handle anak anak bukan jadi isu besar pada aku.
.
Bila jadi macam ni selalu nya untuk aku refresh, aku perlukan ME TIME. Dan cara aku layan me time aku ialah dating dgn suami 2 ke 3 jam tanpa anak anak. Aku perlukan sokongan dan kasih sayang dari dia. Dapat sekejap pun jadilah. Kalau nak bersuka ria dan berhoney moon tanpa anak, mmg tak sampai hati nak tinggalkan.
.
Syukur? Ya bukan tak syukur. Tapi aku juga manusia biasa. Ade mase aku rebah, ada ketika aku kuat.

Pesanan untuk suami

Pesanan buat para suami,

Kalau anda terlihat tetibe isteri mudah naik angin, mudah nak menangis, itu tanda dia betul betul perlukan sokongan dan bantuan dari anda.

Tak kire lah isteri itu suri rumah atau berkerjaya. Isteri juga manusia biasa. Ada kala dia jadi sangat kuat dan ada kala dia jadi sangat lemah seperti anak kecil. Si suami, ambil alih tugas jaga anak dan rumah buat seketika. Beri isteri QUALITY ME TIME. Bagi isteri tu buat ape yang dia suka tanpa apa apa gangguan.

Me time utk isteri ni sebenarnya bukan semata mata utk diri dia sendiri tapi kebaikan utk anak anak dan suami. Percayalah bila isteri dah dapat quality me time dia akan refresh energy dan kembali dengan senyum tawa dan gembira.
.
Tiada lagi marah. Tiada lagi stress. Tiada lagi mudah naik angin. Tiada lagi emosi anak anak dan suami yang akan tercalar. Hidup kembali bahagia. Aman dan harmoni. Tangisan jerit anak anak pun dapat dia handle dgn mudah. Masakan pula kembali lazat sedap dan menyengat. 
.
Tapi andai si isteri itu rebah kembali, ulang kembali. Setiap isteri ialah manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan. Tak lepas dari fitrah kehidupan.
.
Sebagai suami, anda perlu cakna dan sensitive dgn perubahan si isteri. Sekian. 
.
Aku,
suri rumah bersama 3 anak kecil 
Bahagia dengan cara sendiri

P/s: Thank you husband. Kelebihan awk selalu berjaya tutup kelemahan awk. I love you. Counting days to 5 years of marriage

Sumber: Hazirah Maulana

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×