berita

Pesilat SUKMA Terengganu Meninggal Dunia Terkena Tendangan Sewaktu Bertanding

March 3rd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Atlet Silat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu yang dikenali sebagai Wan Muhammad Haikal Wan Hussin disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai satu pertandingan yang diadakan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Seremban pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Pesilat Malaysia Disepak Di Muka Lepas Rebah, Dibiar Tanpa Bantuan, Filipina Bikin Panas Lagi

Rebah terkena tendangan

Memetik laporan Berita Harian, kakak sulung kepada Allahyarham Muhammad Haikal iaitu Wan Nor Haslinda memaklumkan keluarganya diberitahu mengenai kejadian tersebut pada jam 5.30 petang.

Difahamkan, adiknya rebah sebelum tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan daripada pihak lawannya.

Jurulatih hubungi bapa dan maklumkan yang arwah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.

Tapi saya tidak tahu lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku dan kira-kira jam 2.30 pagi, kami dimaklumkan yang dia sudah meninggal dunia. Waktu tepatnya saya tak pasti.

Tambah Nor Haslina, kedua ibu bapa serta adiknya kini berada di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk menunggu proses bedah siasat selesai dan melakukan urusan menuntut jenazah.

Dalam pada itu,  jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban menjelaskan bahawa mangsa sudah tidak sedarkan diri selama 20 minit di lokasi dan diberikan rawatan diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Sebaik kami tiba, pasukan mengambil alih pesakit serta merta, terus mengaktifkan AED serta alat bantuan pernafasan BVM dan oksigen kepada pesakit itu.

Selepas memberi satu renjatan melalui AED pesakit terus dibawa ke HTJ untuk rawatan susulan dan dalam masa yang sama CPR masih lagi diteruskan sehingga tiba di hospital.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi ketika menerima rawatan di HTJ.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×