berita

Pesta Arak Still ‘On’ – DBKL

October 11th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan menerusi Harian Metro, telah meluluskan permit penganjuran OktoberFest 2018. Ianya dijangka akan bermula hari ini secara besar-besaran di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.

Walau bagaimanapun, DBKL memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penganjur pesta arak yang melanggar peraturan atau mengganggu ketenteraman awam.

Selagi tidak mengganggu orang awam

(sekadar gambar hiasan)

Selagi ia dianjurkan di dalam premis, pengunjung tidak keluar dalam keadaan mabuk sehingga mengganggu orang awam, dibenarkan. Tetapi kalau (pasang) sebarang bentuk promosi di tempat awam seperti banner dan poster, kita (DBKL) akan turunkan serta-merta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, penganjur tidak dibenarkan menaikkan sebarang poster, ‘bunting’ atau mempamerkan sebarang bentuk promosi di luar premis atau di luar lokasi penganjuran.

 Beliau berkata, ia susulan DBKL tidak meluluskan sebarang permit yang membolehkan penganjuran itu diadakan secara terbuka di lokasi awam.

Tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan salah guna

(sekadar gambar hiasan)

Menurut Datuk Bandar itu, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan salah guna promosi ketika penganjuran. DBKL meluluskan permit penganjuran terbuka acara tahunan itu, Nor Hisham mendakwa tidak menerima sebarang permohonan.

Tahun lalu, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi cita rasa pengunjung. Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Jerman, Denmark, Norway, Jepun, Thailand dan Vietnam.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

Most Read Today